ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Friday, 23 October 2015

Second Trimester - Week of 15


Assalammualaikum

Semalam pergi hospital Umra dekat Shah Alam, buat baby checkup gara gara kesalahan diri sendiri yang mencari masalah. Orang kata preggy women ni tak boleh buat kerja berat berat, tak boleh buat banyak kerja, tak boleh stress stress. Lumrah, yang di larang tu yang nak di turutkan. So sengaja la pergi mop rumah. Kite ni anak yang ikut perangai bapak sikit. Mop tu kena 3 kali cucian. cucian pertama menggunakan sabun lantai, cucian kedua bilasan air bersih dan cucian ketiga bilasan air bersih lagi. Bayangkan penat dia macam mana.

Dah habis mop dan siap siap untuk kemas perkakas semua, terasa hendak buang air kecil. Terus cangkung dan tetiba seperti cramp dari Miss V sehingga ke bahagian bawah perut sebelah kiri. Dari cangkung tadi terus berdiri. Sakit tersangat dan paling isau sekiranya berlaku perkara yang tidak di ingini. Usap perut sambil bagitahu baby "Please be strong inside there". "Allah lindungilah kandungan ini". Itu je yang mampu kite doakan. husband sudahla hari tu kursus dekat PutraJaya, memang jauhla.

Tapi Alhamdulillah sakit sangat tu hanya berlaku sekali sahaja, tapi dia berulang sesekali di bahagian bawah kiri dan tak sesakit yang tak tertahan tu. Just a mild contraction. Masih risau. Husband malamnya ajak pergi check di klinik, tapi kite refuse sebab tak sampai hati nak pergi check. Klinik jauh juga jaraknya dan memandangkan sakit pun makin kurang. Masuk hari kedua, bangun pagi terasa lagi sakitnya. Bila tengok perut di cermin, rasa kenapa perut seolah olah leper? Sudaaahhhhh . . . mulala datang negative thought. Fikir entah pape, dan terus WA husband nekad malam ni kita kena pergi check up.

So, semalamlah pergi checkupnya. Alhamdulillah everything sound's good. Scan tengok baby, tengok elok je kaki dia bersilang sampai merekuk merekuk badan. Tidur gamaknya. Doctor cakap, cramp tu adalah normal sebab ligamen kita hendak berkembang untuk support baby lagi lagi apabila kita melakukan kerja berat dengan tiba tiba. Lega rasanya.

Ok, hari ni masuk 15w1d of preggy. HA.HA.HA 2nd trimester ni a bit challenging dari 1st trimester. Masuk 2nd trimester, muka kite ni penuh dengan jerawat pasir. Berbintik bintik dan nasib baik kecil. Waktu jerawat naik bak cendawan tumbuh selepas hujan, kite tak berapa melatah sangat. Sebab pernah terbaca dari FB ada sorang kakak ni, dia pernah post status pasal jerawat pasir time pregnant. Ramai juga kawan kawan dia yang mengalami perkara yang sama. So kite assume hormone lah kot.

Jerawat tu satu hal, takpe boleh tutup dengan krim muka. Tempek tempek sikit bedak baby Johnson-settle.
Satu lagi masalah besar. TAK LALU MAKAN MASAKAN SENDIRI. Acaner? Masak hebat mana pun (ceh, paling hebat gulai ngan masak lemak cili padi je pun) tetap tidak lalu makan. Masakan orang lain juga yang sedap. Habis tu tak kan nak suruh jiran sebelah masakkan untuk engkauuuu~ MAsakan kedai tak termasuk sesedapnya tu, sebab masakan kedai dah cemuih.

Dulu waktu 1st trimester, tiap kali makan, mesti bertambah Sehari 3 4 kali makan. Kali ni ceduk nasi sekali, makan, tak habis, balance simpan untuk 2 jam berikutnya. Haa~ fesyen macam tu. 2,3 jam sekali mesti lapar. Macam mana berat badan nak naik. 40kg je sekarang. Macam mana nurse kat KK tak bising badan keping saje.

Nasi banyak tu. Tak habis simpan untuk 2 jam kemudian. Seolah olah nasi tu di bahagi dua bahagian.





 

 -x0xo-

Tuesday, 13 October 2015

Prenatal Vitamin Shaklee



Assalammualaikum
Salam hari Selasa semua

Hari ni kite mahu kongsikan prenatal vitamin yang kite ambil sepanjang mengandung selama 3 bulan ni.


Ikutkan ini set yang lengkap prenatal vitamin untuk ibu ibu yang hamil. Terpulang bagi setiap individu, sekiranya berkemampuan boleh ambil kesemua vitamins di dalam set tersebut, sekiranya sederhana kemampuan boleh ambil hanya selected vitamin yang mommy mommy perlukan tetapi sekiranya tidak berkemampuan, bolehla dapatkan prenatal vitamin dari klinik kesihatan (kk). Vitamin dari kk pun dah lengkap sebenarnya.

Macam kite sendiri, kite ada 4 jenis koleksi vitamin dari shaklee. ESP, Vitamin C, B Complex + Folic Acid dan Ostrematrix. Dari 4 jenis ini, hanya 3 sahaja kite consume during preggy iaitu Vitamin C, B Complex + Folic Acid, Ostrematrix. ESP kite tak ambil walaupun dalam set prenatal shaklee ada di senaraikan. Sebab  kite tak consume ESP di sebabkan ada sorang kawan kite ni ada terangkan kepada kite setelah berjumpa dengan doctor gynae. Katanya selagi kita belum sahihkan jantina anak, selagi itu jangan consume lagi. Kerana, ESP membuatkan penghasilan hormone wanita lebih banyak dari hormone lelaki. Sekiranya kite consume dari awal, tup tup anak dalam kandungan adalah lelaki takut nanti anak tersebut berkemungkinan mempunyai hormone wanita yang lebih. Kang lembut pula sifat anak nanti. Sejauh mana kebenaran, wallahualam.

Tapikan, hanya B complex + Folic Acid sahaja yang kite ambil sehari harian. 2 vitamins yang lain on dan off sebab malas. Hi.hi.


-x0xo-


Monday, 12 October 2015

3 Months of Pregnant


Assalammualaikum

Alhamdulillah, it's offical rite now I'm 3 months preggy.

Setelah setahun 6 bulan perkahwinan, Allah telah turunkan rezeki anak buat kami berdua.

Rancang untuk menimang anak pada bulan bila tahun bila, memang tak pernah terfikir dek akal sebab semenjak kite kawen, tiada sebarang protection di ambil baik dari segi pil perancang mahupun penggunaan alat yang dapat mencengah kehamilan. Namun, rezeki anak masih tidak menyebelahi kami.

Sehinggalah satu hari, kite decide untuk bercuti dari kerja selama sebulan bukan sebab mahu berusaha untuk mendapatkan anak. Tapi lebih kepada berehat dan meneruskan aktiviti bisness online kite yang sering tergendala semenjak bekerja di kedai abang sendiri.

Kite start cuti 7/8/2015 dan sepatutnya period kite datang pada sekitar 9/8/2015 ke atas. Hari berganti hari, namun period masih tidak kunjung tiba. At that time, kite memang tidak mengharapkan apa apa sebab period kite memang selalu delay 4 5 hari dari tarikh yang sepatutnya. Masuk hari ke enam hari ketujuh badan dah mula menunjukkan perubahan fizikal seperti sakit di bahagian breast setiap kali sentuh dan bangun tidur di awal pagi, sakit di bahagian ari ari seperti hendak kedatangan period. Itu 2 simptom utama yang berlaku pada badan kite dan Alhamdulillah dari mula sehingga sekarang (3 months) morning sickness hanya pada peringkat sangat sangat minimum. Rasanya baru 4 kali dalam 3 bulan ini kite muntah. Cuma kadang kadang sahaja terasa loya, pahit di mulut itupun apabila lewat pengambilan makanan.

Masa kelewatan period dari day 6-8 kite mula search symptom symptom di awal kehamilan. 2 symptom utama yang kite sedang lalui terdapat di dalam list symptom di awal kehamilan. Malah kite turut refer pada mesej dari seorang kawan yang pernah menceritakan kepada kite apa yang dia alami ketika di awal preggy. Symptomnya sama dengan symptom kite. Check!

Masuk hari ke-9 kelewatan period, kite nekad untuk check sendiri menggunakan upt yang kite beli setahun yang lepas. Dahsyatkan? Sebab dulu pernah jadi kelewatan period juga, dalam 4 hari macam tu. Tapi kite tak guna sebab hari ke-5 period datang. Sebab tu, masa lewat 5 hari kite tak berapa nak mengharapkan sangat.

Tanggal 17/8/2015, awal pagi subuh kite bangun untuk check urine. Tips bagi sesiapa yang ingin check urine, sebaik baiknya check di awal pagi kerana kandungan hcg adalah pekat pada ketika ini berbanding lewat tengah  hari dan keatas sebab kita banyak minum air.

Masa kite buat, 1 line cepat sangat naik dengan mendadak, manakala the other line macam samar samar. So kite decide, letak ketepi dululah dan tunggu 2second sementara kite basuh kit yang kite guna tadi. Dalam 2-3 second macam tu, dah selesai kemas barang dan kemas diri, kite dapatkan upt tu dan excitednya apabila melihat 2 line terang dan kedua duanya sama warna. Calm downkan diri sendiri sebelum pergi dan tunjukkan pada husband.

Husband terkelu bila tengok. Kite acah dia bagitahu, "Hubby, sayang tak pregnant. Cuba tengok ni" Sambil menunjukkan upt tadi. Suami yang tidak tahu membaca pun belek belek benda alah tu. "Macam mana nak baca ni", husband tanya. Kite bagitahu tu kat belakang kotak ada nyatakan kalau 2 line mengandung, kalau satu line kire tak mengandung.

"Tapi, ini 2 line, sayang . . . " Kite pun senyum senyum dan menerima ciuman suami di dahi. Syukran. Husband cakap, the other week lah kita confirmkan di klinik, sebab masih awal. takut nanti menghampakan.





-x0xo-




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...