ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Wednesday, 10 September 2014

Hari kedua di Rumah Sendiri

Assalammualaikum

kali ni post entry blog kite melalui phone sendiri serta menggunakan data sendiri juga. Sebelum ini mengharapkan belas ikhsan wifi di rumah dan di office sambil menggunakan komputer di pejabat.

Sekarang al maklumlah dah berhenti kerja dan berpindah ke Klang mengikut suami.

Alhamdulillah setelah 5 bulan menempuhi alam rumah tangga secara hidup jarak jauh, dengan berkat kesabaran serta dengan izinnya, hari ini masuk hari kedua hidup sebumbung dengan suami.  Bermulalah kehidupan suami isteri yang sebenar. Dulu duduk dengan parent walaupun dah kawen masih terasa di bawah tanggung jawab ibu bapa. Even terasa malas masak pun, mama lah orang yang akan take over semua perkara. Tapi sekarang??

Semua atas bahu kami berdua. Bayar bil air, bil elektrik, beli perabot, cuci rumah, cuci baju dan segala mak nenek kena buat sendiri. Dan yang pastinya, masak akan menjadi aktiviti tetap kite sehari harian. Ha.ha rasakan.

Semalam (09.09.2014) adalah hari keramat kami berdua masuk ke rumah kediaman kami. Oppsss. . . cerita beriya macam baru beli rumah sendiri,kan? Ha.ha. Sebenarnya kite dan hashben stay dalam kediaman quaters TNB. Hari yang kite dan hashben masuk pun after tengah hari tunggu hashben pick up kite di Sungai Buloh. Hashben apply half day on that day sebab nak settle kan urusan masuk rumah. After picked me up, kitaorang ke kedai yang menjual tikar getah.

Sebenarnya tak de satu pun tikar yang menarik perhatian kite dalam kedai tersebut tapi memandangkan hashben dah banyak kali ke situ sebelum ini untuk mencari tikar getah yang satu pun kite tak minat, hu.hu kali ni pergi sendiri untuk tengok depan mata. Sampai akak tu pun dah kenal hashben dan cakap " hurmm bawa datang sendiri senang,boleh pilih sendiri". Ha.ha hakak jangan nak sendir saya sangat eh.

Sampai je depan bangunan rumah kami, kite berdebar seketika. Yelah dah nak melangkah masuk ke rumah sendiri kan. Bila hashben buka je pintu, terdiam seketika. Banyak kepada memerhati sambil melangkah dari satu ruang ke satu ruang. Cantik. Hashben dah banyak bersihkan rumah dengan sendiri dia. Dia cuci rumah, dia cat dinding. Haishh. . . terharu betul. Warna dinding rumah pun cantik. Very soft purple. *tak dapat nak upload internet terlalu slow*

kitaorang pun sama sama melakukan tugas masing masing di mana hashben mengukur dan memasang tikar getah sementara kite pula memasang dan menaikkan curtain. Dah masuk rumah baru ni banyak benda yang perlu di beli. Tapi buat masa ni benda yang paling penting perlu ada adalah stove dan fridge terlebih dahulu. Yang lain hold sekejap. Nak beli semua in one short memang kopak duit. So buat masa ni perlukan lebih kesabaran dan guna semaksimum apa yang ada terlebih dahulu.

Hari ini buat apa je kat rumah? Ha.ha. hakak.bangun awal tapi tak mampu lagi nak sediakan juadah sarapan buat suami sebab banyak benda belum ada. After hashben hakak gi kerja, hakak tertidur di ruang tamu dan tetiba hashben hakak call bagitahu technician akan datang nak ganti semua kipas dalam rumah. So tugas hakak untuk sejam tu memerhati kerja kerja diorang. Dalam pukul 2 petang hakak ke pekan untuk beli barang barang rumah. Petang pula hakak mop rumah dan cuci dinding tandas sebab hakak tak kose nak geli geli lagi every time masuk tandas. Dah geli so cuci sendiri.

Sekarang pukul 7 malam dalam hakak menaip entry ni hakak menunggu suami hakak pulang pukul 9 malam. hashben hakak balik lewat sebab balik kerja
Hurmm itu ajelah xtvt hakak untuk hari ini. Moga moga esok ada xtvt baru yang lebih menceriakan hakak. Till we meet again, dari hakak.


-x0xo-



1 comment:

kehidupan sihat said...

hi dear

salam perkenalan

jemput ke blog nana nanti

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...