Assalammualaikum,
Hari ni our first month engagement anniversary
Alhamdulillah.
All praise is due to Allah swt.
Dari Nya kasih sayang diberikan dan kepadaNya jua kasih sayang ini kembali.
So far the journey being a fiancee is still under control
still blooming as usual
Risau juga kalau kalau tercetus perang out of control dengan SA.
Yelah mana tidaknya kebiasaan fasa pertunangan ni cabaran luar dari jangkaan.
Nak bagi contoh cabaran pun kite tak tahu sebab as mention early it is still under control.
Dari pembacaan dan perkongsian dengan sahabat cabaran ni datang dari banyak faktor.
Antaranya perselisihan faham dalam membuat decision untuk persiapan perkahwinan. Kite akui kite sendiri pun ada masanya ada cara kite tersendiri untuk majlis dan SA juga ada cara tersendirinya.
Untuk dapat titik pertemuan ni selalunya SA banyak mainkan peranan sebab SA lebih kepada karaktor air berbanding dengan kite iaitu api. HA.HA
Once dia dah bagi pro and cons kelak kite yang terima cara dia.
Selain, adalah sifat sensitive. Orang kata bila dah bertunang ni sifat sensitive melebih lebih. Buat lawak sikit pun dah sensitive. Dah touched. Tambah tambah kalau kena tengur lagi la sensitivenya melimpah ruah muncung 14.
Bab lain paling besar bila hadir orang ketiga. Ini sangat bahaya dan faktor utama kepada keretakan hubungan. Janganlah sesekali bermain dengan api jenis ini andai anda sayangkan hubungan anda. Ini kite tak tahu nak cakap apa, melainkan berpegang kepada kesetiaan dan selalu selalulah tunduk ke bawah IF rasa takut terjatuh cinta dengan orang lain.
Nak kasi contoh lagi pun kite tak tahu. Apa yang kite dapat simpulkan adalah HATI kita. IMAN kita. Selalu selalulah give and take dengan pasangan, sebab ini stage pertama. Belum lagi sebumbung dengan pasangan kita.
Orang kata kentut pun bau wangi sebelum kawen. Iye tak? Dah kawen nanti baru la kita dapat lihat the true color of each other. Dah lah kentut busuk, korek hidung merata tempat, belahak dengar satu kampung, tidur pula berdengkur lagi ganas.
Haaa~
Once again happy one month anniversary. Semoga Allah swt sentiasa melimpahkan kasih sayang kepada kite dan SA, lembutkan hati kami berdua, limpahkan segala rezeki serta percukupkannya, melindungi kami dari kecelakaan dan jauhkan kami dari orang yang berniat jahat serta diberikan kebahagiaan dunia akhirat.
-Amin-
No comments:
Post a Comment