Salam Jumaat penuh barakah
Aiga aiga aiga . . .
Bila dah baik orang pijak kepala, bila buat tak endah orang ingat kita ni sombong.
Memang ditakdirkan bila dah dijadikan sebagai manusia dari tanah, hatinya itu penuh
dengan sifat kasihan. Tambah lagi dengan insan yang lebih pertambahan umur dari sendiri.
Terangkan apa yang di alami. Mak cik ini tempat mengadunya di bahu kite.
Susahnya keadaan dia diterangkan pada kite. Apa yang tidak memuaskan hati dia, dilepaskan pada
kita untuk meraih simpati. Mak cik setiap kali saya melihat anda memang saya belas kasihan. Karna,
umur mak cik hanya muda setahun dari ibu saya.
Tapi mak cik. . . Janganlah buat saya sebegini keadaan. Kadang kadang saya merasakan mak cik pula
bos saya. ha.ha.ha. Mak cik minta saya fotokopi macam macam hal urusan peribadi.
Mak cik. . . ini bukan lah tempat yang sesuai. Kalau sedikit hanya sekeping dua, saya mampu memujuk hati dan memberanikan diri. Tapi hari ini 10, 11 keping yang di pinta.
Sedikit tawar hati saya dengan sikap mak cik. Saya cuba la menurutkan kehendak walaupun dalam
keadaan ketakutan. Tetapi ada pula yang datang menjengah. Semua hasilnya hanyalah sia sia. Kertas yang kosong. Saya tidak mampu untuk melakukan kali kedua.
Prestasi kena di jaga baik baik. Marah jangan sekali pada diri ini. Sebab semua kerja kite up to date
dan jauhkan lah dari benda kecil ini nama saya di sebut sebut oleh empunya perniagaan.
-x0xo-
No comments:
Post a Comment