ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Wednesday, 10 September 2014

Hari kedua di Rumah Sendiri

Assalammualaikum

kali ni post entry blog kite melalui phone sendiri serta menggunakan data sendiri juga. Sebelum ini mengharapkan belas ikhsan wifi di rumah dan di office sambil menggunakan komputer di pejabat.

Sekarang al maklumlah dah berhenti kerja dan berpindah ke Klang mengikut suami.

Alhamdulillah setelah 5 bulan menempuhi alam rumah tangga secara hidup jarak jauh, dengan berkat kesabaran serta dengan izinnya, hari ini masuk hari kedua hidup sebumbung dengan suami.  Bermulalah kehidupan suami isteri yang sebenar. Dulu duduk dengan parent walaupun dah kawen masih terasa di bawah tanggung jawab ibu bapa. Even terasa malas masak pun, mama lah orang yang akan take over semua perkara. Tapi sekarang??

Semua atas bahu kami berdua. Bayar bil air, bil elektrik, beli perabot, cuci rumah, cuci baju dan segala mak nenek kena buat sendiri. Dan yang pastinya, masak akan menjadi aktiviti tetap kite sehari harian. Ha.ha rasakan.

Semalam (09.09.2014) adalah hari keramat kami berdua masuk ke rumah kediaman kami. Oppsss. . . cerita beriya macam baru beli rumah sendiri,kan? Ha.ha. Sebenarnya kite dan hashben stay dalam kediaman quaters TNB. Hari yang kite dan hashben masuk pun after tengah hari tunggu hashben pick up kite di Sungai Buloh. Hashben apply half day on that day sebab nak settle kan urusan masuk rumah. After picked me up, kitaorang ke kedai yang menjual tikar getah.

Sebenarnya tak de satu pun tikar yang menarik perhatian kite dalam kedai tersebut tapi memandangkan hashben dah banyak kali ke situ sebelum ini untuk mencari tikar getah yang satu pun kite tak minat, hu.hu kali ni pergi sendiri untuk tengok depan mata. Sampai akak tu pun dah kenal hashben dan cakap " hurmm bawa datang sendiri senang,boleh pilih sendiri". Ha.ha hakak jangan nak sendir saya sangat eh.

Sampai je depan bangunan rumah kami, kite berdebar seketika. Yelah dah nak melangkah masuk ke rumah sendiri kan. Bila hashben buka je pintu, terdiam seketika. Banyak kepada memerhati sambil melangkah dari satu ruang ke satu ruang. Cantik. Hashben dah banyak bersihkan rumah dengan sendiri dia. Dia cuci rumah, dia cat dinding. Haishh. . . terharu betul. Warna dinding rumah pun cantik. Very soft purple. *tak dapat nak upload internet terlalu slow*

kitaorang pun sama sama melakukan tugas masing masing di mana hashben mengukur dan memasang tikar getah sementara kite pula memasang dan menaikkan curtain. Dah masuk rumah baru ni banyak benda yang perlu di beli. Tapi buat masa ni benda yang paling penting perlu ada adalah stove dan fridge terlebih dahulu. Yang lain hold sekejap. Nak beli semua in one short memang kopak duit. So buat masa ni perlukan lebih kesabaran dan guna semaksimum apa yang ada terlebih dahulu.

Hari ini buat apa je kat rumah? Ha.ha. hakak.bangun awal tapi tak mampu lagi nak sediakan juadah sarapan buat suami sebab banyak benda belum ada. After hashben hakak gi kerja, hakak tertidur di ruang tamu dan tetiba hashben hakak call bagitahu technician akan datang nak ganti semua kipas dalam rumah. So tugas hakak untuk sejam tu memerhati kerja kerja diorang. Dalam pukul 2 petang hakak ke pekan untuk beli barang barang rumah. Petang pula hakak mop rumah dan cuci dinding tandas sebab hakak tak kose nak geli geli lagi every time masuk tandas. Dah geli so cuci sendiri.

Sekarang pukul 7 malam dalam hakak menaip entry ni hakak menunggu suami hakak pulang pukul 9 malam. hashben hakak balik lewat sebab balik kerja
Hurmm itu ajelah xtvt hakak untuk hari ini. Moga moga esok ada xtvt baru yang lebih menceriakan hakak. Till we meet again, dari hakak.


-x0xo-



Thursday, 4 September 2014

Part 2 : Trip to Brunei

Assalammulaikum

Hari ni sambung part two iaitu percutian hari kedua ke Sarawak. Tapi hari kedua kitaorang semua tak stay di Sarawak dah. Kitaorang mula berangkat ke Brunei Darussalam. Kitaorang semua fikir alang alang dah berada di Sarawak dan perjalanan ke Brunei dari Bintulu pun ada dalam 3 4 jam kenapa tak aje singgah sana. Fikir, kalau saja saja nak gi Brunei entah dapat ke tidak belum tentu.

So pagi hari sekitar pukul 7 pagi kitaorang berangkat ke Brunei menaiki 2 biji kereta. Ouh ya, selama berada di Sarawak, kami menyewa kereta Alza dengan bayaran sehari Rm 170 dikongsi antara family k.sha, dan hashben. Terima kasih hashben. perjalanan mengambil masa selama 3 hingga 4 jam di dalam kereta. Sebelum kami semua menuju ke Brunei, kami terlebih dahulu perlu singgah di Miri untuk membuat penukaran duit Malaysia dan duit Brunei. Struktur Jalan menuju ke Miri adalah sangat berombak ombak menyebab kite dan budak budak kecik yang duduk di bahagian belakang terlompat lompat setiap kali tayar kereta melalui jalan yang tidak rata. Dengan kitaorang semua kecik kecik dan ringan setiap kali melompat menjerit jerit menyalahkan si driver. Paling kesian bila perjalanan dah masuk 2 jam dan jalan pun masih tidak rata dan anak anak pun mula terlelap. Sehinggakan tersingguk singguk kepala ke kiri dan kanan. Kite la yang tukang pegang kepala diorang bagi sandar di bahu kite. Sweet tak kite??

Dalam perjalanan ke Miri, paksu offer kami semua samada ingin singgah di Gua Nilam atau tak? Ada yang kata selepas balik dari Brunei baru singgah sebab takut setibanya kami di Brunei dah lewat malam. Tapi paksu kata if balik dari Brunei lagi susah sebab kita tak gahu pukul berapa pula nak bertolak dari sana. So we decide to take a look at Gua Niah but not to enter the gua.

nampak effect tinggi kan?
kite dengan kak iffa hanna dan kak awlya

pada awalnya kite sangkakan nama iffa hanna ni farhana. kite pun panggilla farhana farhana dan orang lain pun tak de nak tegur kata salah even hashben pun tak correct it sehingga lah iffa hanna ni nak gi sekolah hari isnin, dia pakai baju sekolah yang ada name tag. Hu.hu. Iffa hanna rupanya. tapi kalau dah sebut secara cepat tanpa ada sengkangan memang farhana jadinya. Ha.ha.
gambar yang harus ada sebagai suami isteri

Nampak tak sungai di belakang tu? Sungai tu yang menghubungkan daratan yang kami jejaki ke daratan sebelah sana yang terdapatnya Gua Niah. Mak cakap tadi dia ada nampak buaya menyusuri sungai tersebut. Glurpp.. Risau pula nak seberang ke sana menaiki bot dalam terbayangkan buaya tadi. Dibuatnya buaya tu sedang lapar dan purposely membidas bot kitaorang, tak cukup air nak berenang nak oiii.


Usai xtvt bergambar, kami pun teruskan perjalanan ke Miri tapi sebelum tu abah nak singgah rumah kawan abah. Best part tentang abah mi dan mak norma, rhey love to make afriends and they really intertaint their guest so much. Bila tetamu datang rumah, abah dan mak sedaya upaya akan masak untuk tetamu. So bila kita buat baik dengan orang secara tak langsung orang pun akan buat baik dengan kita juga. Iya tak? Bila sampai di rumah lenalan abah, memang siap tersedia nasi ayam beserta mee kuah yang dibuat oleh tuan rumah. Bukan setakat makanan sahaja tersedia, kitaorang dihulurkan buah buahan selepas habis makan. Kesemua pakat mengah kekenyagan serta mengantuk.

Journey kitaorang diteruskan lagi menghala ke Miri di mana penukaran wang ditempatkan. Dalam fikiran kite imagine suatu tempat yang cantik dan di dalam bandar lah.

Emart terletak di dalam pasar

Inilah Emart di Miri iaitu sebuah pasar di mana menempatkan tempat penukaran wang dibuat. Dalam pasar ni dari barang keriing sehingga barang basah terdapat under 1 roof. Tak ada apa pun sangat yang dibeli kecuali husband beli jeans warna biru kehijauan dengan harga rm 30. Murah lan? Bolehla nak buat seluar basahan.

kite tanya hashben nak tukar brapa banyak untuk di bawa ke Brunei. Yelah, dah datang bercuti sama sama perlu la duit segala perbelanjaan di kongsi juga. Tapi bila kite tanya hashben seolah tak layan akan soalan kite. Hashben cakap tak pe guna duit dia sahaja. So kite pun seganlah nak tanya berapa yang dia tukar. Satu sen pun kite tak tukar duit kite jadi dolar sebab hashben tak bagi. Terima kasih hashben.

Kami semua habiskan masa dalam setengah jam berada di sana dan teruskan lagi perjalanan. Rasanya dari Miri nak masuk brunei another 2 hours more. Lama betul perjalanan kami dan mujur kite tak lagi duduk di bahagian belakang kereta.Kali.ni bertukar di bahagian tengah manakala k.sha dan her husband shift tempat dengan kite.

Sebelum masuk.Brunei haruslah melalui tempat imegresyen dahulu di mana pasport kita akan di minta dan di check oleh pihak imegresyen.

inila imegresyen nya.


Hah, nampak tak bendera brunei megah berkibar? kita dah almost nak masuk sempadaan Brunei dah ni


2 jam jugalah perjalanan dari sempadan Brunei sehingga masuk ke Seri Begawan. Seri begawan lah tempat yang kitaorang akan tuju bila dah masuk Brunei nanti. Sebenarnya Brunei ni tak ada pun bangunan bangunan pencakar langit. Bangunan di Brunei biasa biasa aje dan bandar pun tak adalah maju sangat. Tapi tempat tempat mereka sangat bersih dan di jalan raya pun tak bising dengan hon. Kite rasa sepanjang kite duduk sana memang tak dengar hon kereta. Motosikal pula jauh sekali kelihatan berada di atas jalan raya. Yang best tentang penduduk Brunei adalah their attitude. Sangat bagus. Contoh kalau kita nak seberang jalan dan lihat kereta tu jauh lagi tetapi dalam keadaan laju, kereta ni tak akan membunyikan hon malah mereka pula yang akan berhenti memberi ruang kepada kita untuk lintas. Kereta pula yang takutkan pelintas jalan raya bukan pelintas jalan yang tkut akan kereta.

Untuk mencari hotel penginapan, pada mulanya kitaorang walk in satu hotel ni. Cantik! Bila di tanya harga semalam, pak su kurang berpuas hati sebab 90 dolar. Bagi kite murah sebab hotel cantik macam tu dengan harga 90 dolar. kalau di Malaysia mana dapat rm90, entah entah beratus per night. Paksu kata dia pernah duduk di satu hotel dengan harga 60 dolar. Bilik hotel jugaa luas cumanya paksu kata hotel tu jauh sedikit dari bandar. Cari punya cari hotel yang setanding harga 60 dolar masih juga tidak ketemui. Akhirnya terpaksa mengalah dan terus heading ke lokasi hotel yang paksu pernah duduk.

Hashben rasmi dulu sebab dia sangat penat menjadi co driver seharian dari pagi sehingga pukul 10 malam.


Bagi kite duit Brunei ni murah juga sebab mana nak dapat hotel besar lagi selesa dengan harga 60 dolar. Janganlah korang nak convert duit dolar jadi Brunei, kalau gitu memang lah mahal. Cuma imagine jadi warganegara Brunei itau sendiri. Minyak di sana 0.56 dolar seliter, itu tak boleh dipertikaikan lah sebab Brunei memang pengeluar minyak. Tapi kalau tengok harga muffin sekotak 5 pcs dengan harga 2 dolar, kereta mazda  2nd hand with good condition harga 7500 dolar rasa macam murah gila bagi orang Brunei.

Malam.tu, lepas je kitaorang had our dinner setiap keluarga masuk dalam kamar masing masing akibat kepenatan. Esok ada xtvt lain pula menanti.


-x0xo-







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...