Semalam tidak sempat menonton rancangan Semanis Kurma bertajukkan Sihir Cinta
Tersangat mengantuk sampai ikut mama abah gi masjid pun tidak.
Tinggal sorang sorang di rumah dan lepas Isyak terus tidur. =.=''
Pagi ni berkesempatan menonton ulangan rancangan ini di
tonton.com sambil
tangan buat kerja. =.=''
Kesian bila dengar ramai manusia yang masih lagi menggunakan sihir sihir ni bagi mencapai matlamat mereka.
Ada dua jenis sihir yang diterangkan oleh Ustaz Fauzi. Satu Sihir Pengasih dan satu lagi Sihir Tunduk. Sihir Pengasih lebih kepada membuatkan pasangan lebih menyanyangi/cinta/kasih,
ataupun untuk mendapatkan jodoh. Manakala Sihir Tunduk pula boleh berlaku kapada pasangan suami isteri ataupun terhadap majikan kerja. Supaya mereka mereka ini akan tunduk dan patuh
pada arahan mereka.
Aigo ~ bukan setakat nak jejak kaki masuk syurga tak boleh, nak cium bau syurga pun jauh sekali. Sepanjang u mengamalkan sihir tersebut, even tunggang tonggek solat 5 waktu pun ia hanyalah
sia sia sahaja TAHU? Sehinggalah u dah insaf dan mengucap 2 kalimah syahadah semula.
Ada juga orang yang mengatakan tiada salahnya menyihir pasangan bukan untuk tujuan
keburukan tetapi supaya pasangan saaaayaangkan kita demi kebaikan bersama. Tapi
masalahnya matlamat tidak menghalalkan cara.
Let say, Isteri berniat untuk sihirkan suami agar kasih sayang suami 100% terhadap dirinya. Kemudian guna kaedah nasi kangkang. Ouch! Ini yang u kata u sayangkan suami u ? dan tergamak menyediakan nasi dengan cara tersebut? Kebiasaannya secara melayu tradisonal, nasi kangkang
ini di prepare dengan cara duduk di atas periuk nasi yang masih lagi panas. Sekiranya datang
darah haid, lagi berkesan sihir tersebut. Halal ke bermain dengan najis?
Err, sanggup eh buat macam tu? U bayangkan kalau u sendiri yang makan nasi tu.
Ishh, tak perlu tak perlu tak perlu nak buat itu semua. sihir sihir bagai. U guna aje sihir halal.
Confirm suami u sayang. Eh ada eh sihir hahal? Mestilah ada. U sihir dia dengan menyediakan makanan yang sedap sedap, sediakan tempat tidur yang kemas, jaga hati dia (wah! pandainyeeer sayep, kahwin pun belum) for sure tiada dua mahupun tiga. (status watsapp adik, ha.ha.ha pali i lap u)
Buat apala u nak bahagia sementara aje dekat dunia ni sedangkan sepanjang di akhirat nanti u tak bahagia langsung.
Bagi yang bebas dari terkena buatan sihir dan mahu mengelakkan dari di sihir, ini doa yang diberikan.
Surah An- Nisa (ayat 84) وَٱللَّهُ أَشَدُّ بَأۡسً۬ا وَأَشَدُّ تَنكِيلاً۬
Surah Yusuf (ayat 64) فَٱللَّهُ خَيۡرٌ حَـٰفِظً۬اۖ وَهُوَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٲحِمِين
Ini pula doa untuk pembatal sihir bagi yang sudah terkena.
" Jangan sampai hajat kita hendak terpacai,
Tapi akidah tergadai,
Akhirat nanti terkapai kapai." Ustazah Bahiyah.
-x0xo-