ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Wednesday, 15 January 2014

Nothing can beats conventional gadget


Salam maulidur rasul 1435H. Bersama kita menyambut ulangtahun hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad saw dengan memperbanyakkan selawat ke atasnya.



Since salah satu baju kahwin dah siap, so sekarang dah start busy beading pula. Prefer to bead by my own because firstly cut cost. As i survey out there mostly they do charge around rm200-rm500 depends on design. So dari kite menghabiskan duit beri pada orang dan tangan pun mampu untuk menjahit even sedikit keras but it worth it when turn out. Cuma kena rajin buat research tentang design lace and manik dari baju baju orang kahwin barulah tercetus idea yang menarik.

Lace belum jumpa lagi yang menarik di hati dan jiwa maka terpaksa lagi merajinkan diri untuk dig a little bit more through offline or online shop.

Second reasons why i do beads by myself is because of satisfaction. Hasil orang dengan hasil kita tak sama lagi lagi kalau dari kaca mata kita nampak caca marba. Melainkan kita upah orang profesional untuk merialisasikan impian kita yes hasilnya so stunning. cuma u sanggup untuk berhabis habisan lah membayar hasil kerjanya. Experience dari kawan kite sendiri, pergi upah jahit beads dan hasilnya dapat membuatkan dia nangis dan terpaksa upah orang lain pula untuk tetas kesemua yang telah di jahit dan design semula manik dan lace. Seram kan dengar. hu.hu.

Itu namanya liku liku sepanjang preparation. Jangan risaulah sebab tak benda di dunia ini tak ada jalan penyelesaian melainkan mati. Jalan A tak boleh kita go to jalan B.

Ok, itu bab lace, manik dan jahit. Letak ke tepi.

Bab gadget pula. SA baru beli phone. Yelah selama ini dia hanya menggunakan handphone yang tak membolehkan dia bersosial. Hanya sekadar buat panggilan, terima panggilan, hantar/terima msg serta membuat calculation. Selebihnya tidak. Last dia beli phone adalah sekitar umur belasan tahun.

I asked him why dont u reward urself with a new phone which u can have a whatsapp, u can only touch your screen while typing and etc that the fancy phone does. So all this while kitaorang bergantung pada sms serta call sahaja.

DAN tabiat kitaorang pula kalau top up sekadar RM10 atau kurang. If dah habis tunggula next top up which is seminggu pula selagi tiada urgent or important things need us to topup. Kitaorang jenis sayang kan duit bab top up top up handphone. Kalau sekadar nak topup tanya awak buat apa itu memang tidok lah.

Bila dah seminggu tak keep in touch, tak tanya khabar memang rasa seminggu itu setahun. Lama gila.

Sekarang bila dah ada whatsapp, kite pula rasa macam tak best. sebab setiap hari ber'keep in touch'. Tak ada perasaan seperti dulu yang payahnya nak berhubung dan perasaan rindu itu menebal di dada.
Bila dah hari hari bersembang takut dah jemu, takut nanti dah kawen tak tahu nak sembang apa lagi.

Tapi yang pastinya sekarang kite akui whatsapp and other social media ini tak seseronok dulu. Dulu nak kena tunggu seminggu after credit habis baru boleh top up dan bersembang. Ternanti nanti bila la SA nak call kite ni sebab dah lama sangat tak dengar suara. Kalau lama sangat tak tertanggung rasa, kite surrender topup dan call dia. Tapi sekarang bila bila masa dah boleh sembang. =.=''

Itu belum lagi bagitahu dia yang whatsapp ni selain boleh hantar msg, kita juga boleh calling caling secara free malah boleh bervideo. Unless he finds it by himself. Takut hilang kemanisan kalau dah hari hari tengok muka hari hari duk whatsapp sebelum berkahwin. Itu anggapan kite je . . . 

Cepatlah bulan March supaya kami mampu menjaga tata susila kami.


-x0xo-


Wednesday, 8 January 2014

My Two Weeks Life


Assalammualaikum.
Salam tahun baru

Last 2 weeks attend kursus perkahwinan di Hasani Sungai Petani. Dua hari Sabtu dan Ahad bermula pukul 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. Mengharapkan sepanjang perjalanan kursus tersebut mata tidak kuyu dan ceramah ceramah yang di sampaikan tidak membosankan.

tapi, apakan daya terkandas di tengah jalan.


walaubagaimanapun banyak juga ilmu yang dapat diserap dalam kursus tersebut. Baik dari segi rohani mahupun jasmani. Pergi dengan ema so tidaklah kelihatan jakun dalam ratusan orang yang menghadiri kursus tersebut.


antara ilmu yang diserap ketika kursus :-

1- normal is boring. Ha.ha apa itu? Menggunakan benda yang normal atau sering di guna pakai oleh orang lain adalah membosankan.

2- Tidak jatuh hukum haram ke atas isteri yang memberikan susu badan kepada suaminya. Tapi lebih dari 3x susuan bukankah sudah menjadi anak susuan? Ya untuk menjadi anak susuan memang 3x susuan tapi salah satu syarat yang lain adalah umur mestilah kurang dari 2 tahun. Takkan suami kita berumur 2 tahun ke bawah pula. =.='

3. Bersanding serta adat merenjis hukumnya adalah haram. Sebab ia menyerupai adat dari bangsa lain iaitu india. Terfikir juga nak ada pelamin tapi just pelamin akad nikah. Untuk bergambar bersama dengan family terdekat sahaja. Alaa.. konon konon macam photobooth la. Nak duduk untuk di kipas kipas dan di renjis renjis tak kot.

4. 3 benda di atas aja ingat yang lain dah tak ingat apa yang dipelajari. HA.HA.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Last week ari Jumaat pergi Spa muslimah iaitu Swasana Spa depan INTAN. Hajat nak potong rambut sebab rimas pula rambut dah panjang di tambah lagi asyik keguguran sahaja. Dengar orang kata kalau rambut panjang potensi untuk keguguran rambut memang tinggi. So, memutuskan untuk berambut pendek sahaja.

Owner spa Kah Zah sangat ramah orangnya sehingga rasa kite dah lama berkenalan dengan k.zah. cerita punya cerita punya cerita keluarlah kisah kite dah nak kawen bulan march ni. Memang sedang elok sebab dia pun sedang run a promosi for certain treatment. Dia pun suggest kite untuk buat hair treatment, body scrub+milk bath setiap bulan sehingga sampai majlis nanti. Nasib baik ler just dua bulan lagi until my Wedding day. Kalau dibuatnya lagi 6 bulan kopak juga la every month nak spend for the treatment. Untuk facial kite belom berani lagi nak buat sebab takut nak pakai cream diorang. Takut nanti tak serasi dengan muka jadi terbakar ke, berjerawat ke, merah merah ke. Dari tak de masalah jadi masalah- masalah juga tu nanti. Nasib baik k.zah pun bukan jenis promote dan faham customer dia.


Service k.zah ni bagus sebab dia tak segan silu sental di setiap pelosok bahagian kita. Kita pula yang naik malu. Armpit kite pun dia angkat untuk di tonyoh. Kesannya sangat baik sebab selain dapat melembutkan kulit ia juga dapat membuatkan kulit kite bersih lagi mencerahkan. Iyelah daki daki yang meleket pada kulit telah ditanggalkan dengan berjayanya. So thingking of having a facial treatment untuk mengembalikan keceriaan wajah yang dull selama ini.


-x0xo-

Tuesday, 31 December 2013

Welcome 2014 and Good bye 2013



Assalammualaikum...

Just a short update bcos of no mood at this time.

2013 bakal melabuhkan tirai within a few hours soon,

Perasaan? Sedih? Gembira? Teruja?

Perasaan kite sendiri- SEDIH

kerana telah melepaskan setahun dengan benda yang sia sia.

Kalau check report card malaikat sebelah kanan catit, rasanya tak sampai satu kertas berbanding report card yang di catit oleh malaikat sebelah kiri. Report sebelah kiri tidak tahulah berapa banyak helaian telah tercatit.

Semoga 2014 ini menjadi lebih dan lebih baik seiring dengan tanggungjawab yang lebih banyak harus di pikul. Semoga setiap perkara yang dilakukan mendapat keberkatan di sisiNya.

-most welcome 2014-

Friday, 13 December 2013

Someone get confirmation


Hye!
Assalammualaikum

*wide smile*

why??

because someone have been confirmed in his work.
Alhamdulillah. Worth it after a few months u patiently waiting for it.
Berkat doa kite juga okayy . . .  hi.hi.


Tengokla . . dah confirm bukan main sombong lagi ye ngan kite. reply message pun lambat.

Syukur awak dah stabil dalam bidang pekerjaan awak. Dah achieve cita cita awak yang kite dengar di zaman matrik lagi. Congrats, because u are such really to deserve it and i knew u work/strive it hard to make ur dream become reality.

Tapi kite . . .

Mungkin bukan rezeki. Mungkin sebab sendiri juga tak pandai menjual diri dalam arena pekerjaan. Tapi kite masih tidak berpuas hati dengan pencapaian kite. Bukan tidak bersyukur. Lebih dari bersyukur. Maksud kite, kite perlu do something to make myself much better than nowdays.

Bukan makna kata bila awak stabil dengan position engineer awak, maka kite pun perlu bersenang lenang menumpang keselesaan awak. Tak de duit minta awak. Nak handbag pau awak. Nope.

I prefer my own money hasil dari usaha kite. Nak minta orang it's not me. Dari dulu. Dan bersyukur tuhan sentiasa limpahkan rezeki pada kite.

Awak doakan kite pula berjaya dalam bidang kite erk. Bila jadi macam ini, semangat kite dah datang.

yup, by our age 30 we must have what we had discussed. okay?



-x0xo-


Saturday, 7 December 2013

Impian Meja Makan Pengantin


Assalammuailakum

Kite suka sangat verangan.
Yes! suka imagine benda yang pelik pelik contoh seperti tengah tengah duk tengok tv datang makhluk aneh berbadan sasa seperti cerita ultraman datang untuk menghapuskan manusia.
Tragis kan verangan kite. Kadang kadang kite sendiri takut dengan berangan kite yang terlampau sangat.

Untuk majlis perkahwinan sendiri pun tidak terlepas untuk berangan konon konon mahupun sedikit kelainan daripada yang biasa.
Kita fokus ke meja makan pengantin okay, sebab itu yang kite berangan kan. Miaha.ha


Kebiasaan meja makan pengantin seperti ini, bukan?
Pasangan pengantin berada di tengah tengah dan di apit oleh ibu bapa dan juga saudara mereka.
Betul kan?


LINK

Okay, untuk majlis kite pula (ini angan angan ok, ANGAN ANGAN) IF majlis tidak di buat di rumah tetapi di adakan di Club Cinta Sayang Hall (yang pernah dilakukan sebelum ini) or any other hall, meja makan untuk pengantin adalah separated dengan meja makan parent dan saudara.

*Dah nak mula dah ni berangannya

Kiranya, meja makan kite yang berbentuk bulat itu nanti akan di up kan sedikit di atas bongkah kayu dan lampu yang menyinari meja kitaorang akan slowly di malapkan kelihatan seolah olah sedang ber-candle light dengan shaben kite. Kemudian akan datang pelayan untuk memasang candle yang berada di atas meja kitaorang. Di sekeliling kitaorang akan ada decorations seperti bunga bungaan.

Sambil menikmati makanan, sambil di pertontonkan gambar gambar kitaorang bersama sama dengan sanak saudara.

Manakala meja makan parent dan saudara pula akan ada dua meja bulat yang besar dan di posisikan di hadapan kiri dan kanan kite. Dekorasi meja makan mereka juga cantik cantik dan di hidangkan dengan juadah yang marvelous.

**Big smile

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sehingga itu sahaja angan angan kite yang kite rasa jauh untuk di capai. Tak salah pun nak verangan bukan keluar duit pun.
Mungkin boleh beri inspirasi pada B2B yang lain.


-x0xo-

Friday, 6 December 2013

What else need i do?


Assalammualaikum,
Pepagi semua


harap semua umat islam sihat dan bagi mangsa banjir di pahang, kelantan dan terengganu semoga Allah swt berikan ketabahan pada kalian dan moga air bah tersebut cepat cepat di telan bumi.

Dah masuk minggu pertama bulan 12 kita sekarang. Less than a month we would welcome 2014. Cepat kan masa? Tak diragui.

Wedding preparation pun masih ciput. Tak tahulah napa lembab sangat action ni. Haishh~

Last entry i did blog about not to have a hantaran rite? HERE . Tapi itulah pasti ada yang bangkang lastly. =.='''

Hantaran dah sepatutnya beli dari sekarang. Sedikit demi sedikit supaya tak terasa lum sum bila beli last minit. Bukan tak ada masa nak pergi ke mall cuma peluang nak ke mall tu tak de peneman. Peneman penguat semangat kite adalah mama. Only mama could give a best decision after all. Sebab bila beli dengan orang lain, kite mudah menyesal bila balik rumah nanti. But not with my mum. Mak kan membesar bersama dengan kita so they know what are the the best for their daughter.

Agreed with SA that we gonna exchange 7 bekas Perempuan dan 5 bekas Lelaki. 7 barang hantaran yang terlintas untuk dibeli adalah:-
                  *kasut,
                  *handbag,
                  *perfume,
                  *senaskah Al-quran
                  *sepersalinan baju
                  *makanan
                  *sebentuk cincin dan bracelet bagi sesi batal air sembahyang

Minggu ni try to find the stuffs listed above sekurang kurangnya dah dapat satu dua barang and continue survey bridal that can give a best service at a reasonable price.

So far dah pernah pergi a few places sekitar Sg petani such as Primadona, Bernard and Romzy. Ada yang offer the best price but still not my taste of the baju and pelamin. Ada juga baju dan pelamin memikat hati tapi bila dua tiga kali pergi ke butik harga sekejap jadi lain sekejap jadi lain. Seolah olah memainkan kite. Arghh~

Jangan putus asa jangan putus harapan. Keep going in what u are doing because these are all that u would miss them a lot. Lepas ni dah tak ada lagi misi mencari baju baju kawen after u getting married. So enjoy and cherish every moment of the journey.


-x0xo-

Tuesday, 3 December 2013

It's One Month Engagement Anniversary


Assalammualaikum,


Hari ni our first month engagement anniversary
Alhamdulillah.
All praise is due to Allah swt.
Dari Nya kasih sayang diberikan dan kepadaNya jua kasih sayang ini kembali.

So far the journey being a fiancee is still under control
still blooming as usual
Risau juga kalau kalau tercetus perang out of control dengan SA.
Yelah mana tidaknya kebiasaan fasa pertunangan ni cabaran luar dari jangkaan.
Nak bagi contoh cabaran pun kite tak tahu sebab as mention early it is still under control.

Dari pembacaan dan perkongsian dengan sahabat cabaran ni datang dari banyak faktor.

Antaranya perselisihan faham dalam membuat decision untuk persiapan perkahwinan. Kite akui kite sendiri pun ada masanya ada cara kite tersendiri untuk majlis dan SA juga ada cara tersendirinya.
Untuk dapat titik pertemuan ni selalunya SA banyak mainkan peranan sebab SA lebih kepada karaktor air berbanding dengan kite iaitu api. HA.HA
Once dia dah bagi pro and cons kelak kite yang terima cara dia. 

Selain, adalah sifat sensitive. Orang kata bila dah bertunang ni sifat sensitive melebih lebih. Buat lawak sikit pun dah sensitive. Dah touched. Tambah tambah kalau kena tengur lagi la sensitivenya melimpah ruah muncung 14.

Bab lain paling besar bila hadir orang ketiga. Ini sangat bahaya dan faktor utama kepada keretakan hubungan. Janganlah sesekali bermain dengan api jenis ini andai anda sayangkan hubungan anda. Ini kite tak tahu nak cakap apa, melainkan berpegang kepada kesetiaan dan selalu selalulah tunduk ke bawah IF rasa takut terjatuh cinta dengan orang lain.

Nak kasi contoh lagi pun kite tak tahu. Apa yang kite dapat simpulkan adalah HATI kita. IMAN kita. Selalu selalulah give and take dengan pasangan, sebab ini stage pertama. Belum lagi sebumbung dengan pasangan kita.

Orang kata kentut pun bau wangi sebelum kawen. Iye tak? Dah kawen nanti baru la kita dapat lihat the true color of each other. Dah lah kentut busuk, korek hidung merata tempat, belahak dengar satu kampung, tidur pula berdengkur lagi ganas.

Haaa~

Once again happy one month anniversary. Semoga Allah swt sentiasa melimpahkan kasih sayang kepada kite dan SA, lembutkan hati kami berdua, limpahkan segala rezeki serta percukupkannya, melindungi kami dari kecelakaan dan jauhkan kami dari orang yang berniat jahat serta diberikan kebahagiaan dunia akhirat.


-Amin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...