ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.
Showing posts with label engagement. Show all posts
Showing posts with label engagement. Show all posts

Tuesday, 12 November 2013

Review : Baju Pertunangan


Assalammualaikum
Berkaitan dengan baju tunang, sebenarnya dari awal lagi kite dah ada design yang kite minati.
A dress.
Kite cuba elakkan diri dari pilih untuk memakai baju kurung. Bukan sebab baju kurung tidak cantik atau melupakan baju tradisional asal usul orang melayu tetapi di sebabkan kerap sangat memakai baju kurung lagi lagi bila ke pejabat.
Kenapa tidak kite cuba kelihatan lain dari hari hari biasa dengan memakai baju selain dari baju kurung. So, nampak la kelainan dan serinya di situ. Iya tidak?
Wallahualam pendapat sendiri.

Dah mula minat dengan design yang satu ni, mula la kite buat research mencari details yang seakan akan sama dengan design dress yang kite minat ni.
Bukan senang ye nak google design ni sebab kite pun tak tahu apa nama design ni. Itulah kesukaran yang di hadapi apabila kita bukan dari fashion background.

Berhempas pulas mencari nama di sebalik design ini. At last found.
It's a CAPE DRESS!
Punyalah suka berlompat lompat tak sabar nak jumpa tailor dan tunjuk gambar gambar bagi cape dress tersebut. Hu.hu.

Tiba bab nak bikin baju tersebut, tailor tu macam berat sahaja dengan design yang ditunjukkan
Tapi dia kata dia akan usahakan dan dia minta kite pergi cari kain untuk di jahitkan.
Yang lecehnya nak carik kain itu lah. Tak tahu material apa dan warna apa.
 Dah leceh di situ.

Dalam serabut memikirkan masalah tersebut, dengan pertolongan Yang Maha Kuasa terjumpa lah satu online shop ni yang menjual dress and one of the pieces get my eye on it.
Later, I showed it to mum and mum said YES! "That is what i'm looking for". Ceh!
She loves it so much with the design and the color too.


without wasting any time, kite terus beli dan kemudiannya bawa jumpa cik dah untuk alter baju tersebut.
Cekak di lengan tu kite buang, sebab kemudian kite akan attach lace di situ.

 antara pilihan lace yang ada untuk di pilih.

at last lace ini yang menjadi pilihan di hati kite.

Lace kite decide untuk attach pada pergelangan tangan, dan juga sisi lengan tetapi hanya satu side lengan sahaja iaitu di kiri. Di sebelah kanan shawl (yang di attachkan lace) akan di biarkan jatuh melepasi bahu. Pada keliling pinggang tidak di letakkan lace sebab masa beli memang di sertakan sekali belt.

Perincian lace kite letakkan just enough amount of pearls and batu swarosvki.



Sentuh bab tudung pula, kite beranikan diri untuk pakai shawl semenjak tengok menjadi je bila pakai shawl.
Shawl kite custome made sendiri dengan membeli 2 meter kain chiffon crepe yang terdapat di Alamoda.
Kemudian, kite gunting ikut ukuran wide shawl iaitu 100cmx80cm dan di hujung salah satu shawl kite gunting seperti membujur sebabnya di bahagian tersebut akan dijadikan satu bahagian yang pendek untuk di pin pada bahu. *err faham tak*

Veil pula kite refuse to not to wear it sebabnya kite rasa rugi kalau beli. Bukan apa, nanti dah tunang nak di buat apa lagi dengan veil tersebut. Tak kan suka suka nak pakai, iya tak? So, kite pun reka la sendiri shawl 2-in-1 yang mana ia boleh di jadikan sebagai shawl and at the same time nampak seperti veil.

Macam mana kite buat? Kite attachkan lace half sahaja pada panjang shawl tersebut.

So,
This is the end up of my attire during engagement day.


P/S:
satu lagi kan. . . hurm. kite suka bila ada function macam ni si anak gadis memakai sock. nampak sopan selain dari yang wajib menutup aurat. serius kite cakap sebab kadang kadang kita tidak tahu angle bagaimana kawan kawan akan tangkap gambar kita. kalau ternampak kaki dah mencacatkan gambar tersebut.


-x0xo-


Saturday, 9 November 2013

Review : Dekorasi Bilik Tidur


Assalammualaikum.
Hari ini review tentang dekorasi bilik yang mana telah di gunakan sebagai bilik untuk penyarungan cincin ketika hari pertunangan.
Sebelum hari pertunangan lagi perasaan untuk dekorasi sendiri bilik lebih membuak buak berbanding merancang untuk menyewa dais.
Sebab ketika itu kite berpegang kepada prinsip kite sendiri "Why pay everything but u get nothing".
Faham tak?
Kenapa kita bayar semua sedangkan at last kita tidak dapat pape. Pape tu maksud kite bukan tak dapat langsung moment/ kenangan di sebalik majlis tersebut sekiranya sewa pelamin tapi maksud kite barang yang kite beli tu. Setidak tidaknya bila kite spent RM300 RM400 semua barang adalah milik sendirian berhad.
Jangan ler pula ada yang cakap habis napa engkau makan sedangkan kejap lagi engkau poo poo. =.='' Itu lain!

Sebab bagi kite bertunang ni more to bersantai. Just datang lepak lepak sambil sarung cincin. Cool and relax. Tapi tak salah pun bagi yang inginkan pelamin, duit masing masing pilihan di tangan sendiri. Duit ekau bertingket tingket, duit den kureng tingket.

Untuk dekorasi bilik, kite suka konsep seperti dalam hotel. Bila masuk sahaja nampak bersih dan sweet. Kite tak suka yang jenis nampak ada event yang sedang berlangsung dengan ada bunga gantung sana gantung sini, ada kelambu bagai. Suka yang bila tengok ia sedia terletak. Faham kan?

ini gambar sebelum bilik di dekorasi kan. meja console tu sebenarnya dari guest hall.

Sedikit demi sedikit perhiasan mula di masukkan ke dalam bilik. Sesi try and error. Mana yang nampak kurang sesuai cuba di gantikan dengan yang lain. Seperti gambar di bawah, pada asalnya cuba suai padan dengan cermin berbingkai coklat cerah dan di sangkut secara melintang. Tetapi nampak seperti kurang sesuai.

 percubaan meletakkan cermin bingkai coklat cerah pada awalnya

Kemudian di gantikan pula dengan cermin berkayu coklat gelap dan di sangkut secara menegak. Kite rasa ini lebih sesuai dan nampak tidak semak. Kemas. Tie up the flower vases with hot pink ribbon to revive my decoration.

 Susunan cermin pilihan hati

Terima kasih yati and k.ila untuk LOVE wooden bought from Typo (Setia City Mall) . Terima kasih Kak Tina pinjamkan bunga hiasan (except bunga orchid- owned by my mum). Frame bought from IKEA. I place the centerpieces next to both vases.

ouh dont forget to add bunga rampai too untuk dapatkan bau yang sangat lovely. I put the bunga rampai in the oval vase.

Centerpieces tu kite DIY je using aromatic candle and a glass. put some lavender inside the glass.the other small glasses put a little syrup color to give better effect.

DONE for side table decoration then move to hiasan katil. Gambar bawah adalah bed sheet yang digunakan pada hari hari biasa. Manakala picture wall perlu di lakukan sesuatu since it look dull after many years been hanging up.
 

Tema warna untuk bilik, kite pilih  sweet pink sebabnya baju kite warna kakhi dan tudung pula pink belacan. Kiranya lebih baik kite pilih warna pink untuk mendapatkan warna yang seangkatan dengan nya.

Perasan tak frame wall dah bertukar imej? Aceywah. Kite beli wrapper then gunting bentuk segi empat dan tampal pada gambar tengah asalnya. So nampak la ceria sedikit bilik den.


Sehari sebelum majlis kite pakaikan bed sheet dan letakkan floor lamp di sudut tepi. Terima Kasih kak long pinjamkan.

Kak cik's touch. She puts a roses petal imitate a heart. Thanks!
 
Gambar di bawah adalah suasana malam bila floor lamp di buka. Ouh sangat romantik dan nyaman. What a lovely environment. I wish someone that i love could be there.


So this is all the touches during the event.

Hephep hoorayyy~

Sekali lagi terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat khususnya my family, myteam, husna, wani (caltex), wani (biotech) yang directly and indirectly bersusah payah dan tidak putus putus memberi idea membantu dalam penghasilan dekorasi bilik ini terutama sekali my beloved mum yang selama ini menjadi orang kuat. U are my wedding planner mama! Sesungguhnya daku memang cerewet. Miaha.ha.


-x0xo-

Friday, 8 November 2013

Review : My Engagement Day


Assalammualaikum
Salam Jumaat, penghulu segala hari.
Kite doakan semoga seluruh kita, muslimin dan muslimat sentiasa di bawah rahmat-Nya.
Kite selalu doakan untuk korang muslimin dan muslimat, percaya tak? sebab apa ye kite buat begitu? sebabnya kite akan dapat pahala bagi setiap satu muslimin dan muslimat yang berada di seluruh dunia ini. Banyak,kan?

Alhamdulillah kite selamat menempuhi hari pertunangan kite iaitu pada 03.11.2013 bersamaan dengan 29 zulhijah 1434M hari Ahad. Satu hari selepas kaum India meraikan hari Deepavali.
Syukur segalanya sudah berjalan dengan lancar dan diharapkan sangat majlis tersebut di berkati di sisi Allah swt.

Tidak ramai pun yang tahu kite akan melangsungkan hari pertunangan, yang kite bagitahu hanya rakan rakan rapat seperti Myteam, Husna, Wani (Biotech), Wani (Caltex), Mina. Itu sahaja. Then bila ada yang baru dapat tahu kite bertunang selepas melihat gambar upload by Myteam, ramai yang eh Seha/Fasih ke itu? Ada yang direct pm terkejut. Ada yang terus call SA tanya engkau punya buah hati dah bertunang. Bertunang dengan sapa? Hi.hi sebab kitaorang memang berpakat tak nak khabar kan. Tapi kite yakin still ramai yang tidak tahu lagi, sebab kite sendiri pun tak upload gambar kite baik di IG mahupun FB. Nanti kite upload ye bagi yang pm minta tolong upload sebab nak tengok. Segan sebenarnya.

Majlis bermula dalam sekitar pukul 12 tengah hari walaupun pada asalnya SA maklumkan rombongan datang pukul 11. Tapi di sebabkan mereka terpaksa menunggu ahli yang lain, maka sedikit terlewat.

Pagi itu dalam pukul 8.30 kite dan jeera ke Butik Andaman Fitri dengan dipandu oleh Kak Ila. Awal kan? Tak pernah pernah berlaku pagi minggu kite bersiap secantik itu. Selalunya pukul 12 tengah hari baru mandi. Baha.ha. Sesi make up ni hanya ambil masa selama sejam sahaja.

First time kite tengok muka kite di make up sedemikian rupa serius kite tanjat. Dah napa muka aku di salut dengan tepung gomak ni? Memang seriusly kite rasa nak tonyoh je muka dengan tangan sebab malu muka setebal ini. Den tak gemar. Bukan tak cantik, cantik sebenarnya cuma tebal tu kite tak boleh terima. Semua comment ini baru tunang sayang, belum lagi kahwin. Ouh no!

Nak dekat sampai rumah, Mina message bagitahu dia nak datang buat shoot untuk kite sememangnya kite tersangat terkejut tak sangka dia jadi datang sebab katanya semalam dia cancel untuk shoot majlis kite. Yang serba salahnya service di free of charge. Hadiah untuk hari pertunangan kite. Terima kasih Mina! Alhamdulillah. Mari like reramai Jejari Lensa Photography .

Bila bilik penuh dengan ahli myteam, Jeera dan anak anak sedara maka sementara menunggu acara sarung cincin berlangsung kitaorang pun beraksi seperti model bertaraf antarabangsa. Miaha.ha. Uihhh . . . boleh tahan juga kite ni tak hengat dunia. Sedikit pun tak hirau kan apa perasaan sekejap lagi bila cincin akan di sarungkan pada jari.
























sampai tak perasan spek (prop) ada di atas kepala

 disebabkan ketibaan aju lewat maka gambar beliau tiada di dalam camera photographer. terpaksa la kitaorang snap using our own camera.

amoi opera terlepas buat persembahan di sini pulop. syuh. .syuh. .

oppa! kata lizzy dalam rancangan Running Man

Cukup 3 4 keping gambar untuk di upload sebelum sesi sarung cincin berlaku. Mari kite bercerita semasa acara sarung cincin pula. 

Kalau tak silap kite, kak cik yang datang bagi tahu mak SA bersedia untuk masuk bilik bagi sesi penyarungan cincin. Mula mula rasa relaks lagi dengan menyambut kedatangan mak SA sambil bersalaman dan cium pipi. Tidak semena mena semua kawan yang tadi rancaknya berposing keluar bilik meninggalkan kite. Uish time tu dah berdebar sebab ingat diorang berada di sisi kite. Nasib sempat grab tangan Jeera dan paksa dia jangan tinggalkan kite. Please. Please.

Bila nak hulur tangan, mak SA cakap tangan kanan. Hulur la tangan kanan. MENGGELETAR. menggeletar yang amat sampai mak dia pegang cakap ni baru tunang kakak . . .*mak dia lembut saja cakap*. Kali ni tukar pula tangan kiri, pun sama MENGGELETAR.
























tangan kanan memegang tangan kiri supaya jangan menggeletar sambil bergelak ketawa dengan mak SA. Cincin masih belum di sarungkan lagi.

Tetiba mama masuk, ok time ni lagi parah. Gua sebak der. Sebak yang tak tertahan. sebenarnya menangis tu bukan sebab takut nak sarung cincin tapi sebab ternampak mama. Terus jadi lemah.

Tak tertahan sedihnya, Mak SA tarik peluk kite. Ramai pakat pakat sebak masa itu. Mama? YES turut bergenang air mata beliau. Masa ini cincin masih juga belum di sarungkan.
























Alhamdulillah after waiting for soooo long, cincin putih bertahtahkan berlian berjaya juga di sarungkan pada jari manis sebelah kiri.

mummy dont cry. . . dont cry. im still ur baby. FOREVER.

 Gambar bersama dengan family SA.


SA datang ke tidak ceritanya sekarang? Hu.hu Suprise sangat bila tengok SA datang ke bilik kite. Serius tak sangka. Awalnya kitaorang agreed yang SA tak perlu la datang sebab ini hanya majlis pertunangan bukannya akad nikah perlukan kehadiran lelaki. Tetapi mak dia bagitahu kesian anak dara penat penat berhias si teruna tidak datang tengok. 

Abah cerita mak SA minta izin abah untuk bawa masuk SA ke dalam rumah supaya dapat bergambar dengan kite dan abah benarkan. Seterusnya kakak dia, Kak Syakirah yang memainkan peranan dengan tolak dia untuk ke bilik. Ikutkan SA dia lagi ler penyegan orangnya.

Tapi betul juga cara mak SA minta SA datang ke rumah kite. Bukan apa, sekarang manusia bukan boleh kira. Kata dah bertunang, tup tup bernikah dengan orang lain. Bila orang kata dia dah bertunang, dia refuse dan salah satunya mungkin tiada proven dari segi gambar. Bila ada gambar dengan SA, insyaAllah lagi kukuh.

Gambar ngan Saiful kite rasa biar kite refuse to disclose terlebih dahulu tak berani nak keluarkan. Nanti dah nak dekat nikah baru publish. Segan lah. =) 


Yes, i'm officially SA's fiancee! hoorayyy~

Alhamdulillah for a little string that tie the knot not only for this courtship but also to the family. May Allah swt bless this good thing. Amin. And may this string will become tighter by the day. Thanks to who gave the gifts. sponsor the kuih for jamuan. sponsor photography service. last but not least for your kind attendance. Such nothing could I ask more. -love-


-x0xo-

Thursday, 31 October 2013

DIY : Tagging and Frame Wording


Assalammualaikum dan salam satu malaysia.
Deh!
Tinggal lagi 2 hari sebelum majlis pertunangan tiba. Perasaan? Tak usah cakap la gua gementar der, seram sejuk di buatnya. Bukan berdebar apa, cuma segan bila orang orang datang menjengah bilik melihat sang puteri tersipu malu sambil membuat aksi menggoda. Ha.ha.ha

Ouh ya, entry DIY lagi kali ni. Rasa seronok semacam pula bila dapat buat entry DIY banyak banyak.

Alhamdulillah kite dah selesai dengan design bagi tagging souvenir dan save the date wording. Pada mulanya memang seronok sangat mencari design design yang menarik dan sesuai untuk majlis sehinggakan walaubagaimana pun tidak semua boleh di ambil. Sampai rambang mata tidak tahu yang mana satu mahu pilih. Sebulan juga la kite mengoogle benda alah ini tambah tambah bila kita search using "english style". Bersepah sepah template yang cute mute sedia untuk di pilih. Kreatif betul mat mat dan minah saleh ni.

Itu belum lagi kalau buat candy booth memang lagi menggila la kite dibuatnya sebab lagi banyak design yang boleh kite pilih dan tulis contoh nya macam ini "your candy crush", "please take one" selain itu boleh juga letak flag word. Meriah bukan?

Berikut adalah design design yang menarik perhatian kite. Design ini adalah untuk wording dalam frame.


 ini asalnya nak letak dalam frame besar menggantikan frame graduation hari kite mendapat scroll. Tapi tidak dibenarkan oleh mama sebab terlalu besar dan segan bila di nampak oleh orang.


 yang ini cantik dengan daun daun yang menjalar kembang harum mewangi di selitkan lagi dengan kehadiran sepasang burung merpati, tetapi apakan daya tulisan kurang menarik dan lagi pula position nak menulis ayat kurang sesuai.


  yang ni cute tapi gambar binatang tak comel malah tak dapat mengenal pasti binatang apakah itu. Adakah itu deer atau kancil atau musang? Perasan tak perkataan S and S ? word S tu kalau sekali pandang macam kerawang kerawang aje kan. Disebabkan tak dipilih kite jadikan sebagai wall paper phone saja.

At last setelah membuat segala jenis pertimbangan, ini pilihan hati baldu (velvet heart) kite.




Save the word tu tersilap sedikit measurement sebab kite pergi ikut measurement lain. Bila masuk dalam frame terlindung sedikit bahagian bunga di atas tapi Barakallah tu masih boleh kelihatan.

Yang tagging souvenir tu pula kite rancang lepas kotak hantaran di ikat dengan ribbon kite nak letak tagging pada kotak tersebut. Tak sabar nak gunting tagging tu nanti sebab ia nampak comel di mata dan kasih sayang di hati. Ha.ha.ha. Awak, bila dapat tagging ni nanti jangan dibuang ye, simpan buat kenangan.

Sampai sini sahaja entry kite dah tak tahu nak karang apa lagi. Tengah berfikir nak buat DIY apa lagi sebab bukan selalu kite nak berkarya macam ini. Nanti dah rindu moment moment like this. Adik perempuan pun tak de if nak deco kan majlis dia. Harapkan majlis sendiri hajo lah yo.


-x0xo-

Wednesday, 30 October 2013

DIY : Penampalan Batu Swarosvki Pada Baju



Assalammualaikum.
Entry kedua untuk hari ini.

Mak temah nak ajar bagaimana nak lekatkan batu swarovski pada baju bagi menaikkan lagi seri baju yang nak di perhiaskan.

Eh tak semestinya kena batu swarovski. Apa apa jenis batu pun boleh seperti batu crystal, batu YHB asalkan jangan batu tepi jalan sudah. hu.hu.
Yang kite gunakan ini batu copy swarovski je sebab kalau nak yang original mahal sedikit tapi kan kilauan dia 99% seperti original swarosvki. Kata owner tu lah. Kalau owner tu tipu maka tipah tertipulah ye bang.
Kak long yang recommend pada awalnya batu ni dan bila dah dapat in hand k.long menilik batu tersebut dan kata memang berkilau dan mahal.
Kalau nak di banding batu swarovski dengan batu tampal yang di jual di kedai WS Sungai Petani, memang nampak perbezaannya. Tapi STILL boleh digunakan juga batu yang di jual di WS sebagai hiasan baju, bukan tak boleh.

Disebabkan mahal, so kite guna dengan penuh berhati hati dan berhemah. Kebiasaan bila nak menampal batu ni ada orang guna teknik iron. Betul tak? Letak batu pada position yang kita nak dan kemudia terbalikkan baju, iron pada tempat berkenaan.

Kite pula tak guna cara iron tapi cara layur pada api lilin.
Kite rasa kaedah ini lebih mudah sebabnya kite boleh nampak dengan jelas position yang kite mahu lekatkan batu tersebut selain dapat mengelakkan baju kite menjadi terlalu panas kesan iron beberapa kali.


Kite tak curi penyepit makmal ye, tapi kite beli masa season crafting ketika study di UKM dulu. Kepitkan batu dengan penyepi dan layurkan pada bahagian bawah api. Jangan layurkan pada jelaga nanti akan hangit di bawah permukaan batu.

Sudah layurkan kemudian check pada permukaan gam sama ada gam tersebut betul betul sudah cair atau tidak. Once cair terus tampal pada kain. Tapi make sure ye if nak tampal pada lengan baju, letakkan kain alas pada permukaan lengan tersebut takut dia akan melekat pada kain lengan satu lagi.*faham x*  




Ok, itu saja entry DIY untuk hari ini. Itu sahaja hasil yang mampu kite lakukan. Macam kite sembang ngan yati lah, mana mampu nak upah Radzuan Radziwill so mana buatan sendiri itu cita rasa dan kepuasan peribadi. Nak memuaskan hati orang tak mampu tapi pendapat orang mampu untuk di ambil atau diterima.


-x0xo-

Saturday, 26 October 2013

DIY : Hiasan Jar


Assalammualaikum.
Selamat pagi.

Pagi ni mak temah nak buat satu entry DIY untuk jar yang selalu sangat kebelakangan ini orang gunakan semasa kenduri kendara.
Ada sesetengah orang terasa nak deco jar mereka bagi lebih cantik dan ada yang tidak mahu deco, terpulang pada individu masing masing sebab pilihan di tangan setiap orang, kan? Ikut kemampuan sama, kalau rasa tak mampu nak hias hias bagai ignore saja masalah untuk hiasan itu.

Bagi kite sendiri, dah ada lebihan barang barang deco semasa zaman study dulu kenapa tidak menggunakannya daripada terperap di dalam almari. Setidak tidaknya kurang la sikit penyimpanan stor mak temah.

So ini hasil tangan mak temah sendiri yang tak seberapa.

 bawah lampu nampak ler cantik berkilau sikit

Ok, ini material pilihan kite menggunakan kain felt. Incase kalau tiada kain felt, boleh juga gunakan kertas doily. *google if tak tahu kertas doily tu apa*

If guna kain felt, pilihan warna haruslah bijak supaya gabungan kedua dua warna tersebut akan menaikkan seri jar kita sebab ada setengah kain felt warnanya nampak lusuh sedikit.

Here what we need for the deco : felt paper, glue (UHU), scissors and a pearl. 

Lukiskan kelopak bunga pada kain felt kemudian gunting kelopak tersebut dalam kuantiti yang diperlukan.



 a bundle of hasil guntingan


Setelah mendapatkan kelopak bunga ikut langkah seperti di bawah.


1- sediakan satu kelopak bunga
2- lipat dua kelopak bunga tersebut
3- lipat sekali lagi menjadi empat bahagian
4- buka kembali dan gam kan pada bahagian tengah, kemudian lipat semula menjadi empat bahagian.
5- ambil secebis kain felt untuk jadikan sebagai basis dan gluekan di bahagian tengah. Ambil keempat empat kelopak lalu gam kan ia di atas secebis kain felt tadi.
6- Gamkan pearl pada bahagian tengah untuk kelihatan lebih menarik *tidak letak pun tidak mengapa*

DONE!



 Hasil rupa jar kite setelah di hiaskan. Ada setengah orang bagi pendapat kata gabungan warna yang cantik dan ada setengah lagi kata kureng ok tentang gabungan warna. 
So terasa kerisauan di situ dalam membuat pilihan warna. Mungkin nanti akan dirombak semula warna warna untuk diguna pakai.


-x0xo-

Wednesday, 23 October 2013

Preparation Bekas Hantaran


Assalammualaikum.
Kurang dari dua minggu lagi is MY ENGAGEMENT DAY.
Grrr . . . . .
Den cuak der,
Sebelum ni boleh lagi relaks, lenggang mak minah, fikir tak ada apa sangat pun nak buat.
Abang and k.cik keep asking eh nak tolong pape x ni? and i dengan toyanya replied that's nothing, thank you.

Then when k.cik list out one by one things supposed to be prepared, later baru rasa Ooemjay.
Baju belum dapat lagi, baju belum jahit lace and do some details, tudung belum properly jahit only
attach by semat using needle, hantaran belum gubah lagi, bilik belum dicat and di drill lagi.
How come that so many things u said there's NOTHING?

Hati dah berdegup kencang, semalam seperti orang tidak ketahuan.
Tetapkan hati hari ni buat semaksimum yang boleh prepare for the things,
Solat asar sesiap di office, after office hours terus bergegas ke rumah Lathifah.
Pinjam bekas hantaran.
Gosh, maaf lah tipah. dah dua keturunan pinjam bekas ang. Mula dulu abang lepas tu aku dan kedepan kedepan nanti mungkin menyusul adik pula. hu.hu.hu

Sudah habis ambil bekas, rancang nak ke rumah tailor cik dah.
tahu baju belum siap, tapi saja juga nak pergi sebagai tanda peringatan bukan apa takut takut dia
lupa yang baju penting kite tu harus dilaksanakan secepat yang mungkin.
Sampai sana dengan mama, dia cakap cik dah belum siapkan lagi baju kakak.
wuuuu. . . wuu. .
cik dah cakap SABTU ni datang ambil. Cik dah janji tau!


Balik rumah, terus berkira kira ari SABTU sehingga ke ari pertunangan. 8 hari lagi.
Mama, this is sooo crazy. Soo crazy mama. sempat ke nak jahit lace ni.

Ok, stress.
Stress ya Rabbi.
Inhale. . . Exhale . .
Please chillax for a second seha
God never ever leave u alone.
He always be by your side
Praying constantly may He grant u ample time and space.

Read more at http://web.stagram.com/p/572293565339432224_51569892#38GPUsMiMqiAkiXf.99


Inhale. . . Exhale . .
Please chillax for a second seha
God never ever leave u alone.
He always be by your side
Praying constantly may He grant u ample time and space.
  

Ajak mama untuk ke WS kita pergi carik bunga untuk deko bekas hantaran, then mama said yes Alhamdullillah.
Mama also slightly terasa bahang banyak benda yang belum siap.
Sampai WS pintu semua dah tutup. Allahuakhbar.
Baca notice rupaya every tuesday the shop open until 6.45pm.

Its ok, we still can have a look kedai opposite to WS.
Kedai ni memang favourite mama dari masa mama kerja lagi. Owner dia pun cukup kenal mama.
Cumanya lebih teruja ke WS disebabkan kedai WS ni kedai besar yang penuh dengan segala benda membuatkan semua orang luar tertarik untuk masuk.
Padahal kedai kecil ni MUNGKIN jauh lebih bagus dari kedai gah besar tersebut.

 i lovee that red roses. it looks exclusive


Dear superb.beautiful. ohsem mama

Thanks for being my real back born all this while. There are such no word no word could I describe how much u had sacrifice for me and other abg2 who is sooo annoying.
Me love u beyond words and no one can replace u.

Dear superb.beautiful.ohsem mama

Thanks for being my real back born all this while. There are such no word could describe how much u had sacrifice for me and other abg2 who is sooo annoying.
Me love u beyond words.
Read more at http://web.stagram.com/p/572424511334151550_51569892#0u7R3uT7U6EwOqSJ.99

 bawa bersama bakul tipah, supaya bunga yang nak dicari tu warna lebih kurang sama. tapi atlast warna lain yang dapat. ngeee~

 compare mama ngan tok senah, tok senah still champion bab kraft ni.
But its okay, u still be my wedding planner, mommah.


Inhale. . . Exhale . .
Please chillax for a second seha
God never ever leave u alone.
He always be by your side
Praying constantly may He grant u ample time and space.
Read more at http://web.stagram.com/p/572293565339432224_51569892#38GPUsMiMqiAkiXf.99
Inhale. . . Exhale . .
Please chillax for a second seha
God never ever leave u alone.
He always be by your side
Praying constantly may He grant u ample time and space.

Read more at http://web.stagram.com/p/572293565339432224_51569892#38GPUsMiMqiAkiXf.99
Inhale. . . Exhale . .
Please chillax for a second seha
God never ever leave u alone.
He always be by your side
Praying constantly may He grant u ample time and space.

Read more at http://web.stagram.com/p/572293565339432224_51569892#38GPUsMiMqiAkiXf.9
Seriusly untung datang kedai ni. Alhamdullillah tuhan lead me to this kedai.
Owner kedai ni dari A-Z buatkan deco bekas hantaran kite.
Dia yang carikkan bunga, dia yang carikkan reben, dia yang carik kan bakul and tray.
U just duduk tunggu and kalau rasa matching of the colours tu kurang sesuai di mata u, let her know.
She will find other way round, no worries.
Sejam lebih je tunggu dia dah dapat siapkan 10 jambak bunga, a deco basket and tray.
Wallaa~
Dalam masa tu sempat lagi dia ajarkan kite how to tie the ribbon because she gonna do only one so the rest she ask me go back home then do by yourself. BELAJAR!

Harga yang dia kenakan pun sangat berpatutan. Dia cuma charge harga barang aje, upah dia deco tidak perlu dibayar. See untungkan?
Kalau di WS harga barang kena bayar, upah dia pun kena juga.
Why we have double pay when we can cut the cost. Isn't it?

So now i am a happy bride to be.
Muaha.ha.ha.


-x0xo-

Inhale. . . Exhale . .
Please chillax for a second seha
God never ever leave u alone.
He always be by your side
Praying constantly may He grant u ample time and space.
  15h
Read more at http://web.stagram.com/p/572293565339432224_51569892#HDpaxUqZmCu
Inhale. . . Exhale . .
Please chillax for a second seha
God never ever leave u alone.
He always be by your side
Praying constantly may He grant u ample time and space.

Read more at http://web.stagram.com/p/572293565339432224_51569892#38GPUsMiMqiAkiXf.99
Inhale. . . Exhale . .
Please chillax for a second seha
God never ever leave u alone.
He always be by your side
Praying constantly may He grant u ample time and space.

Read more at http://web.stagram.com/p/572293565339432224_51569892#38GPUsMiMqiAkiXf.99
Inhale. . . Exhale . .
Please chillax for a second seha
God never ever leave u alone.
He always be by your side
Praying constantly may He grant u ample time and space.
  15h
Read more at http://web.stagram.com/p/572293565339432224_51569892#HDpaxUqZmCutLUP8.99
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...