ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Wednesday, 16 October 2013

Kasih sayang seorang MAMA dan ABAH


Assalammualaikum.
Selamat Menyambut Hari Raya Korban.
I missed my korban momment this morning. hu.hu.
Supposedly today i'm on leave according to state holiday, arghhh tidak berpuas hati.
Tahun ni, kali pertama join korban dengan mengeluarkan duit sendiri.
Selalunya join korban atas nama saja, mama abah yang bayarkan.
Sekarang abah kata semua dah besar panjang, dah ada pendapatan sendiri, so keluarkan sendiri duit.
Itu namanya pengorbanan yang sebenar, sebagaimana kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S. Tak terbanding besarnya pengorbanan beliaun berbanding berapa RM lah sangat yang kita keluarkan.
Kiranya satu tompok lembu tu di share secara berlima kami.

Kisah raya tak ada yang menarik mana pun berbanding raya Aidilfitri lepas.
Acey.cey. mentang mentang raya tahun lepas ada tetamu istimewa, kali ni tak.

Sehari sebelum raya, badan kurang sihat. Tak tahu nak kata berpunca dari apa.
Bangun pagi dah rasa memusing peningnya, rasa something nak keluar dari mulut- loya.
Tengah hari tu sehingga ke petang muntah dan cirit birit.
Bila flash back semula apa yang boleh direlatedkan dan kite rasa mungkin disebabkan malam sebelumnya dalam kul 11 malam tu kite siap cat pintu bilik. Then mandi bersihkan diri dan terus makan nasi lemak udang yang adik belikan.
Samada cat kayu tu sendiri iaitu bau yang kuat atau pun sisa sisa cat di tangan semasa makan atau nasi lemak tu yang dah basi. Tapi abah makan dua bungkus ok aje.

Seharian memusing kepala kite, sangat tidak seronok.
Nak bantu mama apa yang patut pun tak bermaya.
Asyik nak berbaring sahaja.

Bila dah sakit ni, baru kita tahu nikmat sihat. Masa sakit tu, semua benda jadi tak kena.
Nak makan tak lalu, nak keluar tak larat, nak berhias tak mampu, nak gembira tak tergembira.
Atlast kita akan jadi monyok dan muka pun tak ceria. Nampak sakitttt aje.
Sebab tu Prof Muhaiya pesan, jangan asyik minta kekayaan sahaja. Jangan asyik berkata "Kalau aku KAYA, aku nak beli rumah, nak bersedekah". Jangan dan Jangan.
Tetapi mintalah kesihatan dalam melakukan amal ibadat. Minta KESIHATAN supaya kita bisa untuk
berusaha menjadi kaya.
Tapi, jangan risau kalau sakit, sebab sakit itu sendiri penghapus dosa dosa kecil.

Bila dah jatuh sakit ni baru terasa kasih sayang seorang ibu. Bukan sebelum ni tak pernah rasa,
setiap hari rasa.
Tapi nak dekat ada kehidupan sendiri ni, terasa bahangnya segala effort mama abah.

Mama tak henti henti datang ke bilik pegang dahi, pegang leher. Takut anak perempuan dia sorang ni
dah tak ada gamaknya. Hi.Hi.
Macam mana perasaan mama agaknya ye kalau kite dah tak ada di dunia ni? Kesian mama,kan.
ok-sayu.
Sebak rasanya bila tengok mama ulang alik datang periksa kite. Bawakan air garam, bawakan air kosong, basahkan rambut guna lidah buaya, bawakan milo kosong.
Kesian tengok setiap langkah perjalanan mama. Mama luaran nampak muda, tapi sebenarnya dah 59 usia mama. Dah tak larat.
Kadang kadang rasa tak percaya mama dah tak sekuat dulu. Nak bangun pun tak kuat, nak memasak pun penat.
SEDIH.

Malam pula dia datang bilik untuk tidur sekali dengan kite. Bawa blanket dengan iphone dia.
*Mama sekarag dah ada group whatsapp Uitm dia, jangan memain . . . *
Dah tiga hari berturut turut tidur dengan kite.
Aiyooo lagi sebak tahu. Sepanjang malam tu, sekejap kejap tangan dia di leher. Check ok ke tidak.
Mungkin kes keracunan makanan meragut nyawa semasa kenduri kahwin yang masuk dalam berita, membuatkan dia terlebih risau.
Dah tiga malam dia tidur dengan kite dan setiap saat tu juga dia risau tak keruan.

Agaknya dah kawin nanti boleh ke suami kite se-care macam mama ye?
Setiap saat fikirkan kite?
Melayan orang yang sakit. Sehari bolehla tahan, masuk seminggu, sebulan macam mana nanti erk?

Itulah kasih sayang seorang IBU, tak ternilai harganya berbanding dengan kasih sayang manusia lain.
Dengan kesabaran mereka melayan kita.
Tak terbayang kalau mama abah dah tiada di bumi ni. Bagaimana perasaan masa tu, apa akan terjadi
ketika itu, dan apa yang bakal berlaku di kemudian hari.

Start from now kenala kurangkan merajuk dengan mama abah ye. Diorang tu jarang merajuk dengan
perangai kita yang macam nauzubillah ni. Kena jaga hati mereka sebagaimana mereka menjaga hati kita sentiasa.
Dengar tu?

So, cepat cepatla sembuh supaya muka anda kelihatan ceria dan segar bugar untuk bulan depan. OK?


-x0xo-

Saturday, 12 October 2013

Yummylicious Cookies and Dessert in Sungai Petani


Assalammualaikum,

https://www.facebook.com/naim.nurul.5
Cantikkan dekorasi choc cupcake ni.
Kali pertama terpandang fuh melting dibuatnya.
se-melting choc tu apabila ia dicairkan. miah.ha.ha
Di tambah pula dengan topping half strawberry di setiap satunya, memang nampak 'curlas' dan
diselitkan lagi word Thank You.
Bagi kite ini trend terbaru letak wording pada setiap dessert.
contoh lain seperti ini . . . .

Instashop: cantiksekali
Terpulangla pada kita nak letak ayat apa atas tu. Engagement day ke, Just married ke, happy birthday ke. Tak kisahlah apa yang engkau fikirkan dalam kepada just bagitahu aje tukang buat kek tu, nanti beliau akan tunaikan hasrat murni tersebut.

Bagi kite, kite rasa cupcake sebegitu rupa lebih praktikal daripada fondant cupcake seperti di bawah ini. Sebab apa tau, bila dapat fondant cupkek cantik molek dan lagi lagi jarang jarang untuk kita buat tempahan pastinya perasaan teragak agak akan menjegah di kalbu. ceh! Pasti hati akan berkata "cantiknya sehingga sayang nak makan". "YaAllah macam mana nak makan kek ni, comel nau". Lagi lagi kalau kek tu ada nama kita atau nama orang kesayangan kita. Nak simpan dalam peti sejuk sejauh mana boleh simpan, ye tak?

Selain daripada perasaan serba salah, tak ramai antara kita yang sanggup makan topping tu kan. Sebabnya dari pendengaran kite topping tu manis sangat rasanya. Manis inila dapat membuatkan benda itu keras dan mudah untuk dibentuk. Rugila kalau beli topping tapi di asingkan dari di makan.

Betterr kek seperti di atas, wording tu kita boleh simpan buat kenangan. Buat penanda buku atau selit pada cermin meja solek. Haaa~ kan? Ada juga kenangan berbanding dengan cupcake di bawah.   

Tapi terpulangla pada individu, duit masing masing. *Peace*

 

 
Ouh ya, sekarang dah tak perlu risau lagi dah mana nak cari orang yang boleh terima tempahan membuat kek, cookies, atau dessert di area Sungai Petani.
Sebelum ini bukan tiada cumanya susah la sikit nak cari yang hasilnya menakjubkan. Sangat neat
and kreatif.

Salah satu penerima tempahan yang saya suka hasil kerjanya adalah ini Naim Nurul
Boleh dikatakan setiap hari dalam seminggu ini selalu jenggah ke FB mahupun IG beliau.
Setiap kali tengok pasti terliur dann setiap kali itu juga kira duit dalam bank.

Latest, dia ada post bagi siapa siapa yang ingin selit order untuk di pick up pada ahad (esok). 4 jenis
cookies beliau buat. Kuih koci, Pavlova, Puff and cheese tart at a very reasonable price. Waaaa~ teringin nak rasa. Tapi perangai yang sangat busuk, SAYANG DUIT NAK BELI. Yes, kite memang kedekut dan masih mampu untuk berfikir sedemikian. Tapi hati murni, sebab masih mampu berangan angan untuk membeli juadah ini di suatu hari nanti. =.='



Tapi jangan risau, memang tak beli pun untuk buat hantaran. Baha.ha.ha
Ok, baru dapat idea bila tengok puding terakhir ni. Hurm~ *rising eyebrow*

GTG, nak gi cuci cuci mata jenguk hasil kerja kakak buat kek ni ha. untung untung sambil tengok sambil kenyang perut ni.


-x0xo-

Monday, 7 October 2013

Counting days to my Pre-Special Day



Its my Engagement Day on becoming November.
Say Hoyeayyea~ Alhamdulillah. Allah perkenankan doaku.
03.11.2013 Sunday. InsyaAllah dengan keizinanNya.
A day after Deepavali festival.
Kalau dapat 04.11.2013 Selasa lagi cantik sebab hari pertama melangkah masuk awal tahun 1435
ikut calendar Islam
Bawa berbincang dengan mama abah, perlu juga ambil kira adik beradik dan kawan yang nak hadir nanti.
Sebabnya Rabu sudah start kerja, kalau dibuatnya majlis ari Selasa tu nanti membebankan mereka nak pulang ke tempat masing masing.
So, bagi la diorang one day to rest before start masuk office.

Thus, less than a month left for me to prepare a bundle of things before the day comes.
T.A.K.U.T.N.Y.A

Ada ketika bila teringat akan hari tersebut, jadi seram sejuk kering kejung badan dibuatnya.
After all i can say, about 20% preparation I had done. ???
Another 80% bilanya nak disiapkan. Hu.Hu
Baju tunang Alhamdulillah already get into my hand,
Me bought it from online shop.
Cumanya waiting for my fav tailor to alter the dress to suit me best.
Later, got to detail the dress as well as the shawl by sewing lace and beads on it.
It might be a tough task though. =.='
And some more the tailor promise to alter the dress right after Hari Raya Haji.
Ouh ohsem! Got only a few days to handle the dress and i'm gonna be mad because of super busy.

Here, my poor Engagement budget scrapbook. =.='
And it helps me MUCH in controlling or limit the spend of money.
All the resits i glue it inside, as a memory for the future which i can refresh all the things i had
bought as well as i knew the pricing too.



For room deco i think almost 80% prepared, just a little bit touch when the day comes.
The rest, i have to survey the HB, the flower for  bekas hantaran and for my flower crown.
Dear All-mighty, Allah swt thanks for make me run smoothly along my preparation journey, and
i'm still hoping that U will always ease my day, my parents's and my sibling's ahead so they can continuously landing me their hand.


-x0xo-

Friday, 19 July 2013

Lovely love


Assalammualaikum.




 Half of me.
Another half is belong to someone else.
Missing u is like to the moon and back.
It is hard though at first and yet no worry cos at the end it would shine brightly 
blooming our entire life.


Eh terpujangga pula di pagi hari.
Dah lama tak post gambar dalam blog. All this while i used to post them in IG only.

Awak, saya faham keadaan awak.
Saya ada empat orang adik beradik lelaki and i feel the same way as yours.
Itu yang dipanggil kebertanggungjawapan awak.
Kite suka sikap awak itu even it is slightly hurt me as well.

TAHUN itu sendiri menunjukkan tempoh yang lama.
Lagi pula di pecahkan kepada hari jam dan saat.
Well, enam tujuh tahun dapat mensabarkan diri apa lah sangat hari kemudian. PANG

Doa kite sentiasa untuk awak dan bersama.
Praying Allah will always ease our path to jannah.
InsyaAllah.


-x0xo-

Adab Etika Sebagai Pekerja




Salam Jumaat penuh barakah

Aiga aiga aiga . . .
Bila dah baik orang pijak kepala, bila buat tak endah orang ingat kita ni sombong.

Memang ditakdirkan bila dah dijadikan sebagai manusia dari tanah, hatinya itu penuh
dengan sifat kasihan. Tambah lagi dengan insan yang lebih pertambahan umur dari sendiri.

Terangkan apa yang di alami. Mak cik ini tempat mengadunya di bahu kite.
Susahnya keadaan dia diterangkan pada kite. Apa yang tidak memuaskan hati dia, dilepaskan pada
kita untuk meraih simpati. Mak cik setiap kali saya melihat anda memang saya belas kasihan. Karna,
umur mak cik hanya muda setahun dari ibu saya.

Tapi mak cik. . . Janganlah buat saya sebegini keadaan. Kadang kadang saya merasakan mak cik pula
bos saya. ha.ha.ha. Mak cik minta saya fotokopi macam macam hal urusan peribadi.

Mak cik. . . ini bukan lah tempat yang sesuai. Kalau sedikit hanya sekeping dua, saya mampu memujuk hati dan memberanikan diri. Tapi hari ini 10, 11 keping yang di pinta.

Sedikit tawar hati saya dengan sikap mak cik. Saya cuba la menurutkan kehendak walaupun dalam
keadaan ketakutan. Tetapi ada pula yang datang menjengah. Semua hasilnya hanyalah sia sia. Kertas yang kosong. Saya tidak mampu untuk melakukan kali kedua.

Prestasi kena di jaga baik baik. Marah jangan sekali pada diri ini. Sebab semua kerja kite up to date
dan jauhkan lah dari benda kecil ini nama saya di sebut sebut oleh empunya perniagaan.


-x0xo-

Thursday, 18 July 2013

Makkah Al-Mukarramah



Assalammualaikum.

This holy place had always bear in my mind.
Everytime watching azan in tv featuring Masjidil Haram and Masjid Nabawi,
I'm touched. While performing solat tarawikh i felt like i'm in the Masjidil Haram and in front of
me are where the Kaabah is located.

When Imam reciting surah, such like he is the Imam at those Masjid. Masyaallah how i miss
the place so much. I'm thinking on how i could get that so much money for me to again become
a tetamu to Allah. InsyaAllah.

Disebabkan terlalu rindukan. Nah video kite di dalam Masjidil Haram. Kindly ignore the background telly-story . Too annoying. Hi.hi.hi.



Tuesday, 16 July 2013

Dahil May Isang Ikaw


Tengok sampai termuntah. hu.hu
Inilah padahnya kalau tak dapat menahan kesabaran untuk setia menonton rancangan dari saluran
tv biasa. Tapi lebih memilih you-tube untuk melihatnya. Memang den tak terkejor yop.

Kite jarang jarang sangat untuk menghayati sesuatu cerita drama. Bergantung kepada pelakon,
jalan cerita dan keberjayaan pelakon tersebut untuk menyampaikan cerita tersebut. Last cerita
yang kite follow dan bagi kite ia memuaskan hati adalah Adam Hawa. Selepas dari cerita
tersebut semuanya mendatar.

Walaubagaimanapun! Baru baru ni kite terlihat satu iklan tv cerita Filipinos menggabungkan
my favorite actor and actress which is Jericho Rosales and Christine Hermosa. Nak menangis
rasanya dapat tahu saluran tv sekali  lagi menanyangkan cerita lakonan mereka setelah rasanya
lebih 7 tahun last kite menonton lakonan mereka.

Dua drama berturut turut berjaya menembusi siaran televisyen di Malaysia. Dan dua dua drama itu juga membuatkan hati kite meruntun kesedihan. Serious wa cakap. Cara diorang berlakon memang superb. Seolah olah gua berada dalam scene tersebut bukan sebagai pemerhati tapi sebagai heroin. Bha.ha.ha. Memang hati tak senang lah sepanjang berada di sekolah. Dah jadi part time tulang tilik cerita jadinya teringatkan apa jalan cerita akan berlaku kepada pelakon tersebut untuk episode hari itu.

Bagi kite, kite tend to watch a Philippine's drama compare to Indon's drama walaupun pertuturan Indon slightly similar with Malaysia unfortunately cerita Indon tidak masuk dek akal. More mitos.
So, i prefer go with Philippine one.

So cerita yang nak kata terbaru tu bukan la terbaru sangeettt. It was relesed in 2009 lagi cuma baru di siarkan dalam negara kita ni hajo. Tak apelah asalkan TV3 bermurah hati untuk menyiarkan buat tatapan diriku ini dah kira berbaloi. Tetapi walaubagaimanapong! atas sikap biadap kite yang tidak dapat menahan diri dari terus bersabar kite pun dengan rakusnya meng-searching DAHIL MAY ISANG IKAW di You-tube.

Bukan senang ye ibu ibu sekalian alam nak mencari yang betul betul menepati cita rasa di hati. Semua yang ada tiada Malay subtitle. Den manolah paham. Setakat, selamat ya, talaga, tulong, mahal mahal li gita, a simple word boleh la. Ni kalau dia cakap lebih dari one word laju laju pula tu mahu tidaknya pening nak catch one by one word yang terkeluar dari mulut.

Setelah menggodek dengan gigihnya, barulah jumpa. Rupanya cerita ini sedang juga ditayangkan di dalam Bella Astro dan episodenya jauh meninggalkan episode di saluran TV3. Dan lebih memilukan
apabila banyak scene dalam tv3 telah dipotongkan. How could u? Boleh melihatnya DISINI

So! selamat tinggal tonton.com. Lepas ini kite terpaksa mengubah cita rasa kite kepada you-tube. I dont mean to be mean but i had to so please forgive me. Mua.ha.ha (ketawa elok elok sikit)



Jangan main main cerita Filipin kadang kadang episode diorang tidak kurang hebat panjang
macam cerita Indon. Berbulan bulan juga nak tunggu sampai habis.



-x0xo-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...