ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Thursday, 13 June 2013

Rezeki



So what should i do rite now?
Should i go or just staying here in this comfort zone?
Rezeki dah datang, and we cant predict when would the next rezeki come again.

This is all about distance.
A long distance between North and South.

Still thinking and dilemma

But why u should in dilemma, ha ?
this is all what u want before, rite
So go for it.
GO!!


-x0xo-

Monday, 10 June 2013

Tuhan Jagakan Dia


Assalammualaikum.
Hap hap hap happy monday!
ini. . . untuk awak!
kite suke sangat sangat la hai lagu ni
Dengar sampai habis okayyy
Esok esok kite call, kite nyanyi pada awak dan awak tak dapat sambung dek kerana tak dengar
lagu ni, kite kejar awak sampai dapat. muha.ha.ha~
hayati satu satu kata kata lagu ni.



Awak, awak jaga diri awak tau.
kite pula jaga diri kite
Nanti nanti nanti tak tahu bila awak kena jaga diri kite pula
okay?
muha.ha.ha.
eh ketawa lembut ckit mi.hi.hi


-x0xo-

Thursday, 30 May 2013

Perkahwinan Dan Solat tidak boleh Dipisahkan


Jom main tawen tawen nak?































tapi sebelum tawen, kita tunang dulu. mana boleh main lompat lompat terus tawen.
































fuiyoo~ awak, awak. nape awak dapat banyak sangat cincin? untung la awak dapat dua cincin sekaligus. cincin merisik dan cincin tunang. nanti kitew tunang titew nak lima cincin terus. cukup jari sebelah tangan. =.=''

tiga hari berturut turut selesai sudah majlis untuk dua orang ahli myteam.
sorang bertunang dan sorang lagi menikah dan walimah.
bagi yang dah lepas tu jangan pula dilupakan untuk yang belum lepas apa apa lagi ni.
Doa doakan lah untuk kami dua orang yang masih single mingle pringle. tak gitu? =.='

sebenarnya malas nak bercerita panjang lebar mengenail majlis ni. Bukan apa. Dah terlalu
common sangat cerita kawen ni. Yelah macam biasa proses perkahwinan dimulakan dengan merisik, kemudian bertunang, akad nikah dan akhir sekali majlis kenduri. Itu dah biasa dah. So nak cite apa lagi ye dop? Cerita benda yang sama sometime agak membosankan. Tak kan sepuluh orang myteam sepuluh orang kite nak bercerita? Hwaaa~ memey suhaiza la. eh, memey penat la!

Masa dalam perjalanan menghantar ana balik ke rumah, subjek yang best untuk dihighlight di sini adalah WAKTU SOLAT.

Ana cakap macam mana ye nanti bila kenduri kawen kita nak bersolat? Yelah makeup selalunya sebelum waktu azan zohor lagi. Faham faham lah perempuan kalau bukan hari big day pun dah make up santek santek apa lagi di hari penuh bermakna mereka. Make up berinici 40! Dengan baju berjela jela bagai. Sayang la dah make up mahal kemudian basuh muka untuk bersolat. Sedangkan majlis belum bermula lagi. Sebenarnya kan ana, perkara ni dah terlintas lama dah dalam fikiran kite cuma belum sempat berfikir. Almaklumlah belum ada perancangan untuk berkahwin.

Tapi tak kan sebab nak kahwin, kita terpaksa tinggal solat. Kita kan nak dapat keberkatan dariNya. Dua hari pula tu. Hari akad nikah dan hari walimah. Ouh, kisah ini tidak berkait atau bersangkut paut langsung dengan sesiapa ye. Ini adalah untuk peringatan kepada diri sendiri.

Semua sedia maklum, majlis kenduri bermula dari seawal pukul 12 tengah hari. So, pengantin perempuan dinasihat oleh mak andam untuk datang seawal pukul 10 atau 11 pagi bagi mengelak traffic di kalangan pengantin yang turut berkahwin pada hari yang sama. Secara kasar make up mengambil masa satu jam setengah. Dalam pukul 12 tengah hari pengantin perempuan siap bersolek dan dipakaikan baju pengantin.

Dah habis bersolek, akan cepat cepat bergegas ke rumah dalam persediaan untuk menantikan 'adam' mereka. Dah sampai bersalaman pula. Cium pipi kiri cium pipi kanan. Eh, tak de tak de.hi.hi.
Kemudian, terus ke tempat pelamin untu sesi merenjis renjis. Ini kalau ada pelamin, kalau tak da lain cerita. Lepas merenjis, makan beradap, lepas makan beradap jumpa tetamu yang datang. salam sana salam sini. Waktu dah masuk pukul tiga lebih. Kemudian sesi potong kek 80 tingkat pula. Lagi ambil masa. Kalau satu tingkat 5 minit potong, 80 tingkat? Dah 400 minit. Ok merapu.

Lepas tu sesi photoshoot outdoor pula. So, bila nak gi solatnya?? MasyaAllah. Berdosanya. Takut takut solat Asar pun kita tertinggal sebab leka dengan aktiviti yang perlu dilakukan. Please do not bear in mind kahwin hanya sekali. Jangan sesekali menggunakan alasan tersebut. Tampar kang. ha.ha.

So, the best way is what? Antara yang terlintas dalam fikiran kita hanya ada 3 langkah yang kita boleh laksanakan supaya semua perkara boleh dilakukan dan pada masa yang sama solat tidak ditinggalkan. Jap! kenapa ye, dalam banyak banyak aktiviti yang dilakukan sepanjang majlis bersanding contoh seperti merenjis, makan beradab, potong kek dll tidak diselitkan juga solat suami isteri? i mean slot bersolat bersama. Kenapa ya, tidak dari dulu lagi masyarakat melayu iaitu islam menerapkan slot ini dan diturunkan dari satu generasi ke generasi lain.Mungkin ada, tapi tidak ramai yang melakukan.

So, apa empat langkah yang engkau rasa hebat sangat tu seha? tak de lah hebat pun. sekadar idea, kalau rasa tidak tidak bernas, just abaikan.

First, merancang supaya hari kenduri nanti adalah hari kita datang period. Ada orang datang period punctual. Kalau lari pun sehari dua aje. Bagi yang hebat pilih tarikh, anda terselamat dari tidak bersolat dan tidak perlu gusar hati sekiranya tidak menunaikan solat. Tapi macam kite, period tak menentu. Sekejap awal dari tarikhnya sekejap delay seminggu. ho.ho. nasibla~

Second, ambil awal awal wudhuk kiranya sebelum makeup tu dah ada air wudhuk. Sampai aje rumah if dah masuk azan, sempurnakan terus solat. Kalau belum masuk, u have to always berjaga jaga supaya air wudhuk tidak terbatal. So agak lama juga la nak kena tahan tu. Dalam dua jam nak bertahan. tahan ape?? tahan kentutla. ha.ha.ha. sengal.Ouh, ya nanti sesi sambut suami, jangan pergi salam pula, terbatal nanti.

Third,tak perlu ke bridal untuk make up tebal. Just a light make up. Basic. Macam perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan isterinya Hajar Husna (hajar husna ni kawan k.cik la) Husna. Rasanya Ustaz Don ada cakap isteri dia tidak makeup tebal sangat pun (ke tak make up langsung ntah). Tak de la nak rasa sayang bila muka dibasuh untuk mengambil wudhuk.

Lagi satu, jangan risau kalau muka nampak tak cantik bila sesi photoshoot. Sebab ini memang peranan penting photographer bagi memastikan gambar kelihatan cantik. Kita dah bayar mahal  mahal kan? So, mereka sepatutnya edit gambar pengantin bagi cantik biarpun tiada make up di muka. Ala, kita yang bukan photographer pun bila edit gambar fuh bukan main cantik lagi. Muka biasa pun boleh jadi muka model. tak gitu?

Kesimpulan, hidup kita di dunia ni nak mencari keredhaanNya untuk setiap perkara yang kita lakukan bukan? Allah dah menetapkan solat itu WAJIB dalam apa jua keadaan sekalipun. Sebab tu kita ada pelbagai kaedah solat bila sesuatu perkara berlaku pada kita. Contoh kalau kita sakit kaki, kita dibenarkan untuk solat duduk. Kalau kita sakit tak dapat bangun, kita dibenarkan untuk solat berbaring. Ini menunjukkan solat itu penting dan wajib dilakukan.


























Menurut kata  Mr. google, mereka sedang melakukan solat sunat. Tengok, kalau solat sunat pun dilakukan bersama apa lagi solat wajib,kan?


-x0xo-

Saturday, 25 May 2013

Untung Badan Orang Terakhir



Paling tak best pergi kenduri kahwin rakan rakan bila tak de partner or click
Iyelah! habis kalau semua geng myteam dah kawen.
Diorang of course and for sure pergi dengan husband tak kan masih nak berfoya foya dengan kite lagi
ok, stress. STRESS.
Sikit lagi. sikit lagi. Yes sikit lagi dah nak rasa bakal keseorangan selepas ni.
bahang dah rasa sipi sipi
ho.ho.ho padan muka.


-x0xo-

English Blockbuster only at Tv2



Assalammualaikum.
Happy Sabturday Peeps.
Ouh setiap hari Sabtu adalah hari favorite sedunia kite.
Bukan sebab hari cuti weekend mahupun hari berbahagia.
Hemoih hemoih mentang mentang musim orang kahwin sekarang.

Kepada yang meraikan hari berbahagia mereka, ucapan tahniah buat kalian.
Semoga pernikahan kalian berkekalan bahagian selama lamanya.

So, bagi kite yang tidak meraikan apa apa ni kenapa seronok sangat bila tibanya hari sabtu?
Sebab. sebab. sebab. setiap ari Sabtu tv2 akan menyiarkan movie movie  block buster.
Satu di sebelah petang jam 2 dan satu lagi pada pukul 10 malam tapi kadang kadang 10.30 malam.
Sanggup tidur lewat malam sorang sorang melayan cerita ni.
Macam minggu lepas cerita Troy pukul 10 malam.

Di sebelah petang pun movie best best kalau dapat jalan cerita romantik, memang melekat lah
depan tv. Kite penah tengok movie bertajuk The Note. Tersangat romantik dan menyedihkan.
Satu lagi cerita Valentine. Best. Jalan cerita ala ala Titanic la mengorbankan sebuah cinta disebabkan
ruang, waktu, masa dan keadaan sekeliling.

Petang ni pun nampak gayanya cerita best yang mana heronya adalah brad pit. phew.phew.
So lets have a date in front of tv, ya
See u then!


-x0xo-

Thursday, 23 May 2013

Myteam is my inspiration


Assalammualaikum.
Kemarin kite, yati and ain pergi melawat on of our myteam member, fahida
Dia pun sama seperti aju, bersalin pada tahun yang sama dan dekat dekat pula tu
Anak mereka sebaya.
Dan lepas ni diikuti oleh lathifah dan aisyah. Dan yang menarik keempat empat mereka
dapat anak lelaki (kalau betul la scan oleh lathifah dan aisyah)

Everytime i meet them, i get inspired.
Dengar diorang bercerita mengenai kejayaan masing masing. bukan kejayaan tapi apa yang diorang
telah ada. ish kejayaan la tu.
Waaaa~ sangat teruja.

contohnya bila fahida cerita dia and husband dah beli rumah di KL dan sekarang tambah lagi
satu rumah dekat Bayan, Sungai Petani. Yang dekat Bayan ni double story corner lot.
Best kan at early young age dah mampu ada kereta dan 2 buah rumah. Subhanallah dan alhamdulillah
memang rezeki engkau fahida. kite tumpang gembira.

Semua itu memberikan suntikan kepada kite untuk terus kehadapan walaupun banyak kali nak ke hadapan tapi tak kehadapan jua. nak memperkukuhkan ekonomi.

Tapi yang tidak memberikan suntikan semangat kepada kita apabila dia bercerita mengenai proses
dia nak bersalin. =.='



























10 all us us (MYTEAM)
ika-married
fahida-married
aju-married
lathifah-married
aisyah-married
yati-tomorrow get married
ana-engaged
ema-two more days to get engaged
ain-single
kitela fasihah- single yeaayy~


-x0xo-

Tiada Tajuk


Assalammualaikum.

Kite percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Segala yang engkau doa supaya ia berlaku telah pun berlaku Seha
Dan kali ini ia kembali semula perasaan itu juga seperti yang di harapkan sebelumnya.
Semoga perasaan itu semakin hari semakin bercambah dan harum mewangi kekal abadi.
InsyaAllah.
Tetapkan hatiku dan imanku YaAllah.






YA ALLAH, andai aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, 
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.

YA MUHAIMIN, andai aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

YA ALLAH, andai aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu, 
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta yang semu.

YA RABBANA, andai aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-Mu.

YA RABBUL IZZATI, andai aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalan-Mu.

YA ALLAH, andai aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

YA ALLAH, andai aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu.

YA ALLAH, andai aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

YA ALLAH, andai kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

AMIN…
 
-x0xo-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...