ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Monday, 19 May 2014

Kolam Air Panas Dan Lata Bayu


Assalammualaikum

Beratnya rasa nak datang kerja hari ni. Rasa macam hari hari adalah hari cuti. Hu.Hu. Ini semua penangan weekend baru baru ni, betul betul di isi dengan xtvt keluarga.
Dan hari ini pun ambil cuti half day, pagi masuk kerja karang kul 12.30 baliklah. Sebab hashben cuti hari ini, memang tak boleh jadi kalau dibiarkan dia cuti sorang sorang. Naik angau kite kat office ni. Ha.Ha

Hari sabtu, family in law buat kenduri sempena abah bernazar dan juga sempena sambutan Luqman Haris (hashben's nephew) turn 2 this May. Sabtu tu, kite ambil cuti la sebab abang abang dan kakak kakak in law cakap tak kan kenduri pun nak kerja? Habis sape nak masakkan nasi kenduri. Saje, nak juga merasa air tangan kite ni ha. Memang nak tengok kenduri ni haru biru jadinya lettew. Ha.Ha.
Bila di fikirkan molek juga ambil cuti, bukan selalu dapat jumpa adik beradik memandangkan ada yang duduk merata tempat malah boleh merapatkan lagi tali silaturrahim antara kite dengan family in law.

Janji ngan kak farhana nak bantu dia, tapi bila hari kejadian tak sempat nak fully assist dia gara gara khidmat kite lebih diperlukan di bahagian dapur. Hak.Hak. Kak farhana ni anak datuk, so far Alhamdulillah tak de gap antara kite dengan beliau dan dia pun boleh mix well dengan kite dan adik beradik yang lain.


 Luqman is sooo Puteh. Mak pun panggil dia putehhh. Macam bawang merah bawang puteh punya cerita. Putehhh, kau ke mana nak? Ha.Ha. Even dia 2 tahun, tapi rangka badan dia seperti umur 3 tahun. Tinggi. Mana tidaknya, masa keluar dari perut pun dah 4kg lebih. Hu.Hu genetik emak beliau.



Le Hashben, orang yang sangat sibuk on the day. Berpeluh peluh buat kerja. Jenuh ceq nak ligan dia suruh pakai baju cantik cantik dan kemas. Suka sangat nak main ligan ligan eh baby?


With Luqman's mama.


De sisters

Family in law kalau buat kenduri, jenis gotong royong beramai dan abah lah lead-nya. Dan ini adalah first time bagi kite membantu kerja kerja memasak dari mula hingga sesi mengemas. Fuh! Penat memang tak terkata habiaq hang! Cakap dengan mak penat lah mak. Ha.Ha. Family den selalunya masak guna service catering. Penat pun cuma penat mengemas lah, itu pun tak teruk mana. Tapi tak pe, kite bisa tempuhi ini semua. Jangan risau. Ha.Ha.

Habis kenduri sekitar pukul 4 petang, kitaorang siap siap kemas rumah untuk bertolak ke Kolam Air Panas. Dah nama pun Kolam Air Panas, maka tidak di galakkan para pengunjung untuk berendam di hari pagi kerana suhu air mungkin akan menyebabkan kulit tidak tahan. Waktu malam memang ramai pengunjung yang datang dan Rm 6.00 dikenakan sekali masuk, Rm4.00 bagi warga emas dan kanak kanak tidak dikenakan charge.

Disana, kitaorang menginap di homestay. Homestay di kawasan ini, room basis. Bukan rumah yang ada kitchen, ada 3 4 bilik, ada dining hall. Harga? tak pasti sebab sampai sekarang tidak tahu sapa yang bayar. Hu.Hu.




Malam, sekitar pukul 10, kitaorang pun berjalan kaki menuju masuk ke kolam air panas. Tidak jauh sangat pun dari bilik. 5 minit dah sampai.

Pemandangan dari luar kolam air panas waktu pagi
Disebabkan risau keselamatan handphone bila berada di kolam air panas, maka terpaksa meninggalkan phone di dalam bilik. Sayang sebab tiada sekeping gambar berada di dalam kolam air panas dari phone nanti. Nasib baik abang syakir berani bawa, dan kak long la yang terpaksa bawa ke hulur ke hilir.



Ini kolamnya budak budak. Still panas tapi panasnya yang sesuai untuk budak budak.


Kolam ni ada banyak tahap kepanasan. Berapa tahap itu, kite tak pasti. Kite dan yang dewasa lain mandi di kolam tahap 3. First time cuba masukkan kaki dulu, sua aje terus angkat. Ha.Ha. automatik family members yang lain pun sebegitu. Berkat nasihat dari yang pernah pergi, diorang suruh masukkan juga kaki. Biarkan lelama sedikit kemudian turun sedikit demi sedikit badan. Memang terasa kepanasan di situ. Sampai ke sudah kite sorang saje yang tak berani nak menyelam sampai habis. Takut sakit muka. Ha.Ha gedik.

Kolam tahap 1 yang paling panas dan kolam tersebut terdapat palang besi di kelilingnya. Kolam tu dari jauh dah nampak tebal asap kepanasannya. Tak de sape pun berani nak berendam situ melainkan 4 sekawan ni. Hu.Hu. Abang long kawasan, abang yon, Adik shauqi dan bang teh a.k.a hashben. Hu.Hu. Itulah, suruh masuk real fear factor dalam tv tak nak, dekat sini jugek dia nak main real factor mereka. Lawan antara satu sama lain sapa berani masuk dalam tu, even sekejap pun jadilah. 

Risau tu memang lah, kalau boleh nak je panggil hashben tak payah la nak lawan lawan sape berani, kita mandi kolam tahap ke3 pun dah panas, nak. Ha.Ha. Tapi dah nama anak lelaki berjiwa berani, gasaklah. Asalkan jangan masak separuh daging tu sudahla. Tapi memang panas, tengok diorang masuk sambil pegang palang tu dan kemudian terus tarik naik secepat mungkin sebab tak tahan. Yang geli hati abang long syakir la. Sebab dia berisi sedikit, nak naik balik tarik palang tu memang ambil masa la menggelupur dalam kolam tu. Terpaksa adik adik laki yang lain tolong tarik naik. Ha.Ha. 

Diorang berendam sampai balik pukul 3 baru masuk bilik. Kite pukul 12 lebih dah surrender tak tahan mengantuk, so balik tanpa peneman hashben. =(

Esok pagi bangun, nampak makanan terhidang di luar bilik. Hidangan ini termasuk sekali dalam pakej penginapan. Tapi sayang, kite antara orang yang bangun awal, dan kite jual orang yang terawal melihat makanan terhidang. Tapi kite sabar menunggu ahli lain bangun semua. Atlast, kite tak sempat makan, sebab bila keluar dari bilik tengok diorang dah habis makan. Makan sneyap senyap. Waaa~



Habis breakfast dan berkemas, kitaorang menghala ke Lata bayu. Pusat Rekreasi air Terjun. Sampai sana terus hujan, tapi tak lebat.


Kite tak mandi pun, sebab malas nak berendam basah basah. sat lagi susah nak salin baju pula. 



My lovely MIL

Alhamdulillah, we had spent well our weekend with family members. Rasa semakin dekat dengan mereka dan boleh bergaul mesra. Itu matlamat kite join semua ni. Till we meet again guys, insyaAllah coming Hari Raya Aidilfitri.

Oklah, nak berkemas kemas balik rumah. I'm half day today. Daaaa~

-x0xo-






Friday, 16 May 2014

Majlis Bertandang


Assalammualaikum . . .
Jumaat datang lagi, seperti kebiasaan hari hari jumaat, kite tak sabar menunggu kepulangan hashben.
Tapi kali ni meriah sedikit sebabnya kepulangannya bersama adik beradiknya yang berada di KL.
Minggu ni, family in law plan untuk buat kenduri nazar serta sambutan hari jadi Luqman (hashben's nephew). Habis kenduri menginap di penginapan Kolam Air Panas, Legong. Kesemua xtvt first time bagi kite.

Kisah itu, kite cerita pada entry berikutnya. Entry kali ini khas tentang majlis bertandang.

Disebabkan rumah hashben kite hanyalah sekangkang kera (dalam banyak banyak benda, mengapa kera juga yang dipilih untuk dijadikan ayat peribahasa), maka kenduri bertandang adalah selang sehari dari majlis di rumah kite. Mudah bagi semua sanak saudara, tak perlu ambil cuti banyak hari. One shoot sahaja. Direct --- Akad nikah (21.03.2014). Bersanding (22.03.2014). Bertandang (23.03.2014).

Majlis kali ini, kite pakai baju kepunyaan kite sendiri, bukan sewa dari butik. Kiranya dalam ketiga tiga majlis tersebut 2 busana pengantin adalah dari koleksi kite sendiri dan satu busana adalah sewaan dari butik. Sejujurnya kite dari awal merancang mahukan ketiga tiga baju pengantin adalah dari koleksi peribadi, tapi di sebabkan risau tailor tidak dapat siapkan baju kite on time tak ke parah namanya. Sampai sekarang menyesal sebab baju bersanding (sewa dari butik) tidak cantik, tahu buat sendiri pun tak HAPA. ha.ha.

Disebabkan selepas majlis bertandang, hashben tidak tidur di rumah kite (majlis akad nikah pun dia terus balik rumah dia. Takut kite buli lettew), tengah hari tu hashben dan pak langnya datang menjemput pengantin perempuan. Seronoknya tak terkata boleh duduk belakang bersama suami. Ha.Ha first time noxx . . .

Sebelum sampai ke rumah hashben, kami semua di arah untuk berkumpul di Taman Jubli Perak dahulu sebab rombongan kami akan di iringi oleh moto moto berkuasa tinggi. Ikutkan rancangan pengantin lelaki dan perempuan akan menaiki sendiri moto besar, tapi di sebabkan moto yang sepatutnya kami naiki, lewat tiba makanya kami teruskan dengan menaiki kereta. Selesai kesemua moto besar batch awal berkumpul, kami pun bertolak ke rumah hashben. Dan first time lagi kite diiringi oleh moto moto besar. Mak berdebar noxx . . . Ha.Ha.























Ketibaan kereta pengantin

Family hashben ramai yang punyai moto berkuasa besar. Dari paksu dia, ke abang ngah dia, ke adik dia. Bukan itu sahaja, FIL pun jenis join konvoi motor motor besar ni. Ouh bapakku.

Sekarang hashben pun duk menyanyi nak beli motor besar juga. Pun nak jugekk. Hu.Hu. Kita yang perempuan nampak macam tak perlu bukan, tapi until u naik then u will know. Kite pernah naik bonceng bersama hashben, memang seronok dia tu tak sama dengan naik moto biasa. Time dia kata pengang kuat kuat tu, jangan main main. Memang berdesup lajunnya. Perasaan lepas naik tu rasa macam malam tu juga nak pergi beli jaket kulit dan boot. Ha.Ha





































































kompang di palu . . . 
pengantin baru . . . 
kpak kopak kopang kopang


my family side


my all time fav toddlers.














































My family
























Perhaps, u want this k.cik? Hi.Hi




Melawat kawasan. Kenduri di rumah hashben, diorang buat secara gotong royong. Memang adik beradik abah pandai memasak. Abah pun! Beruntung emak dapat suami pandai memasak.

Nampak, kepala kerbau di situ. Next weeknya balik kampung di Jeneri, diorang masak otak kerbau, masak lidah kerbau. Pergh, meremang juga bila dengar. biar benar makan otak dan lidah? Dalam duk tak percaya tu, kite la yang memotong lidah tu. Rasa masakan tu pun ckit ckit je, sebab tak penah dengar kan.
























Sesi outdoor.
























Akhir kalam, lengkaplah cerita bagi ketiga ketiga majlis. Alhamdulillah. Semoga dengan adanya blog ini, akan terpahat 1001 cerita di sebalik majlis. Dan semoga ikatan cinta, perkahwinan ini sentiasa di rahmati dan di sulami dengan cinta yang terus abadi kekal selamanya . Amin.


 -x0xo-


Monday, 12 May 2014

How time flies


Hye, Assalammualaikum.


Sudah 6 bulan masa berlalu meninggalkan detik detik hari kite menjadi tunangan kepada hashben.

Pantas betul masa berlalu, sumpah kite masih rasa hari tersebut baru sahaja 2 3 bulan yang lepas. Masih lagi terasa penat lelah dalam menguruskan persiapan majlis tersebut.

Kalau majlis pertunangan kite merasakan baru 2 3 bulan ia berlalu, apatah lagi majlis perkahwinan. Terasa baru kelmarin kite di nikahkan. Hu.Hu

How, i meet my hashben? Will make a new entry about him soonest possible. =)

Esok, cuti wesak day. Moih la kita berkemas kemas untung pulang. Udak capek rasanya.


-x0xo-


Thursday, 8 May 2014

Resepsi 1


Kita mulakan mukadimah kita dengan Assalammualaikum semua.Semoga hidup kita sama sama diberkati hendaknya.

Hari ini hakak nak cepat cepat coretakan kisah di sekitar majlis resepsi yang berlangsung di rumah hakak. Rumah cik abang hakak hari hari kemudian dan itu pun bergantung kepada kelapangan masa hakak. Kalau tak lapang tak kose hakak nak menaip. Hak.Hak.

Resepsi di rumah hakak (haishh duk hakak hakak lagi. ketuk ketuk kepala sikit bagi waras semula) berlangsung pada hari sabtu iaitu 22.03.2014. Macam biasa getarannya seperti pengantin pengantin kebiasaan.

Secara jujur kite kurang berminat dengan hasil makeup serta persalinan pengantin yang kite pakai on that day. Entahla, rasa cara pemakaian tersebut tidak sesuai dengan diri kite. Salah kite juga sebab tidak menitik beratkan elemen elemen kesesuaian dan keselesaan semasa sesi fitting. Sepatutnya kite kena cuba pakai satu set dari kepala hingga ke kaki supaya nanti bila tak sesuai boleh buat sedikit pembaharuan atau perubahan unuk lebih keselesaan. Makeup pula kite rasa warna foundation yang di gunakan lebih gelap sedikit dari warna kulit kite. Dah sedia maklum yang kulit kite tan colour, janganlah guna foundation yang lebih gelap dari kulit, dah membuatkan hasilnya tidak kebabom.

Tapi tak pe benda dah berlaku, dan kite pun sudah lama reda dengan permasalahan tersebut. Permasalahan telah di gantikan dengan kehadira suami tersayang. checkmate!

Acap kali melihat gambar majlis resepsi, acap kali juga hilang mood. Memang bukan kalau boleh, cepat cepat click next untuk lihat next photo. Hakak tak berselara nakk . . .

Lemau kan bila tengok. So jangan tengok lelama.

Balik dari bridal, dengan perasaan tidak puas hati, minta Husna tolong touch up kan apa yang tidak kena. Terima kasih sahabat kerana banyak membantu kawan anda yang banyak songeh ini. Make up dah rasa better sedikit walaupun bukan keseluruhan, satu lagi pula masalah dari segi tudung dan veil. Sangat annoying veil yang panjang mengurai dan mengerbang. Sepatutnya veil kalai nak panjang panjang boleh, tapi material harus berat supaya jatuh terletak. Ini material ringan, veil pun mula la nak mengerbang ngerbang macam hantu merayap mencari mangsa.

Touch yang terakhir dari k.long. Ini yang memang kite tunggu tunggu any kerja yang perlukan  bantuan dari k.long. Tagline untuk k.long "Hasilnya tetap membanggakan". Ha.Ha.

Ini memang last minit punya kerja. Memang berani mati betul. Ha.Ha tak akan kite lupakan insyaAllah. Bayangkan lagi 10 minit pengantin lelaki nak sampai rumah, dah kitaorang berdua masih mampu untuk buat keputusan buang tudung, buang veil, buang crown dan kita gantikan dengan tudung bawal biasa. Bayangkan dengan tetamu dan kawan kawan keluar masuk bilik untuk greet kite, macam mana engkau nak handle ini semua. Gua memang cuak der!

Tapi k.long relaks. Sangat cool. Dia pergi cari tudung di ampaian kemudian ambil ironboard dari bilik dan ironkan tudung tu di ruang menonton tv di mana sedang orang lalu lalang keluar masuk  rumah.
Gilak! Tak ada ayat lagi nak menggambarkan bagaimana perasaan kite ketika itu. Terpaksa di kesempatan itu, kite kunci pintu untuk beri ruang pada kite dan k.long buka satu demi satu jarum peniti yang ada atas kepala. bukan tiga tapi 10 hokeyyy! Perlahan lahan k.long buatkan dan akhir sekali dia tolong touch up muka kite mana yang patut.

 Inila hasil sentuhan terakhir. Nampakla sedikit fresh disitu.

Nampak jelas kelihatan keresahan vs ketenangan di situ, bukan?



Candy booth yang di usahakan oleh k.Ila bersama assistantnya-Afreena.














































Guest book hasil usaha kak cik























My siblings.















































my family members
























Outdoor session.




-x0xo-


Tuesday, 6 May 2014

A Baby?


Assalammualaikum

Selamat pagi semuaaaa~
Wah bergema seluruh alam. Ha.Ha.

Semangat! semangat ! Nak start berblogging ni. Sebelum ni nak menaip pun rasa malas, idea pula tidak memberi kerjasama yang erat padahal hari hari log in blog. Hence, blog telah terabai setelah sekian lamanya.

Memang niat nak sambung kembali bercerita mengenai majlis resepsi 1 dan resepsi 2, review baju perkahwinan tapi itulah atas dasar dasar faktor yang diperkatakan tadilah.

Kita skip dulu cerita ceriti mengenai kedua majlis tu, nanti bebila kite buat entry mengenainya. Yes, pasti. Keep my word. Sekarang mood nak bercerita ke arah BABY.

BABY? What BABY? Baby Saiful ke (since i call my husbend Baby) ? A big NOOO . . Ha.Ha. Sekarang baru timbul permasalahan perkataan baby di situ. Bila sembang dengan hashben - - Sayang nak baby. Hashben replied, "Yes im here for you". I meant a child. =.='

Its a child. Sebelum kawen kite and hashben plan di awal perkahwinan ni kite better hidup berdua dahulu dan jangan difikirkan sangat tentang kehadiran baby. And i agree with that. Hashben cakap berdua selama setahun, dekat situ kite sedikit terkejut sebab rasa begitu lama sangat tempoh untuk tidak punyai anak. Kite assume sekadar 3 atau 4 bulan sahaja, kemudian serius memikirkan kehadiran anak. Setelah berbincang semula hashben setuju selepas 3 atau 4 bulan baru serius.

Kite highlight kan di sini sebab sebab kite tidak mahu punyai anak di awal perkahwinan. Pertama, bukan kite tolak rezeki yang tuhan mahu berikan. Tidak sama sekali. Incase dapat sekarang pun kite bersyukur dan berlapang dada menerima amanah tuhan ini. InsyaAllah tidak akan merungut dan berfikiran negative.

Kedua bukan tak suka anak. Giler, tak suka anak? Memang dulu kini dan selamanya i am child lover. Tanyalah anak sedara sape yang tak suka makude yang satu ini. Malam malam ajak nak tidur sekali, baik yang laki mahupun perempuan. 

Ketiga, bukan sebab faktor kewangan. Kewangan tu, insyaAllah masih mampu lagi setakat ini.

Mungkin semua ini di sebabkan oleh sifat kite dan hashben. Kitaorang suka sangat meleset antara satu sama lain lagi pula we are weekend husband and wife. Rasa belum puas lagi nak curahkan kasih sayang pada hashben dan belum puas lagi menerima kasih dan sayang dari hashben. Nanti bila dah ada anak kesian, terbiar sedikit suami. Dilema ini macam kes untuk dapat anak kedua. Belum ready untuk mendapat anak kedua sebab isau anak pertama masih lagi perlukan perhatian dan kasih sayang.

Since, my hashben is my baby, so yes i treat him like a baby.

Betul kata my brother, and he also support me not to have a child at this time. He said, memandangkan kite dengan hashben dulu tak bercinta sangat, keluar pun setakat 10 minit jauh dari rumah, so gunakan kesempatan berdua ini untuk enjoy habis habisan. Pergi oversea, buat benda yang gila gila then setahun kemudian baru fikir nak berapa orang anak.

Sekarang plan kite nak workout habis habisan. Buat dua tiga kerja. Run bisness sehabis baik, then pergi bercuti, dah agak sunyi berdua baru workout untuk have a baby pula. Sebab hidup berdua ni bak kata ngah 30 tahun akan datang baru dapat merasa semula nikmatnya. Bila anak anak dah ada kehidupan mereka sendiri.

Tapi itulah, setiap orang ada pendapat masing masing. Ada yang kata ada anak pun boleh enjoy apa, masih boleh buat seperti kehidupan berdua boleh buat.  Yaaa~ betul tak di nafikan.

Tapi macam kite katakan tadi lah, weekend husband and wife tak sama dengan husband and wife yang hidup satu bumbung setiap hari. Setiap hari mereka dah explore banyak aktiviti bersama sama , tidak seperti weekend husband wife - - terhad. Banyak benda lagi yang belum sempat buat bersama. Contohnya, sampai sekarang kite and hashbend belum berkesempatan untuk menonton wayang bersama sama lagi.That is why we said we need ample time to enjoy as max as we want being just the two of us.

Oleh yang demikian, itulah ceritanya. Ha.Ha.

Friday, 2 May 2014

Square Scarfs


Selamat pagi dan Assalammualaikum.


Another new product are just arrived in TheAttire store.
It's a square scarf.

Design yang menarik and different from others, the material are soooo super comfy and neatly sewn (jahitan tepi bukan seperti kebiasaan jahitan tepi tudung tau). Anddd it is easy to shape. Serious ahh tak cakap dusta.



See, kemaskan jahitan tepinya. Bukan seperti kebiasaan jahitan bagi tudung tudung lain. Bila jahitan tepi seperti ini, mudahlah apabila hendak menggayakan tudung empat segi menjadi shawl. APPAAA? Square scarf boleh dipakai seperti shawl juga? Haaa . . . nanti kite buat tuto okay?



 Item Code: A1

Material: Crepe

Size: 107 cm x 107 cm

Price: RM 24

Postage
Semenanjung: RM 7
Sabah/Sarawak: RM 9

To purchase: Confirm (screenpicture/snapshoot) send to 019.402.3213 via whatsapp or email to fasihahfuad@gmail.com
Thank you, ladies.

 Item Code: A2

Material: Crepe

Size: 112 cm x 112 cm

Price: RM 18

Postage
Semenanjung: RM 7
Sabah/Sarawak: RM 9

To purchase: Confirm (screenpicture/snapshoot) send to 019.402.3213 via whatsapp or email to fasihahfuad@gmail.com
Thank you, ladies.

 Item Code: A3

Material: Crepe

Size: 110 cm x 110 cm

Price: RM 24

Postage
Semenanjung: RM 7
Sabah/Sarawak: RM 9

To purchase: Confirm (screenpicture/snapshoot) send to 019.402.3213 via whatsapp or email to fasihahfuad@gmail.com
Thank you, ladies.

 Item Code: A4

Material: Crepe

Size: 100 cm x 100 cm

Price: RM 24

Postage
Semenanjung: RM 7
Sabah/Sarawak: RM 9

To purchase: Confirm (screenpicture/snapshoot) send to 019.402.3213 via whatsapp or email to fasihahfuad@gmail.com
Thank you, ladies.


 Item Code: A5

Material: Crepe

Size: 102 cm x 102 cm

Price: RM 18

Postage
Semenanjung: RM 7
Sabah/Sarawak: RM 9

To purchase: Confirm (screenpicture/snapshoot) send to 019.402.3213 via whatsapp or email to fasihahfuad@gmail.com
Thank you, ladies.

 Item Code: A6

Material: Crepe

Size: 107 cm x 107 cm

Price: RM 22

Postage
Semenanjung: RM 7
Sabah/Sarawak: RM 9

To purchase: Confirm (screenpicture/snapshoot) send to 019.402.3213 via whatsapp or email to fasihahfuad@gmail.com
Thank you, ladies.

Item Code: A1

Material: Crepe

Size: 107 cm x 107 cm

Price: RM 22

Postage
Semenanjung: RM 7
Sabah/Sarawak: RM 9

To purchase: Confirm (screenpicture/snapshoot) send to 019.402.3213 via whatsapp or email to fasihahfuad@gmail.com
Thank you, ladies.




Minat? If berminat follow instagram @theattire atau page FB TheAttire.



Like FB Page


-x0xo-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...