ORDER FORM VELVETSEHA COLLECTION

Name:
Shipping Adress
poscode
Phone No.
Email Address:
Product Code & Quantity
Payment Method

Click here to create your own form.

Friday, 11 April 2014

Baju Murah


Assalammualaikum.
Hari ini rasa macam lupa nak buka blog sendiri, sebab ralit handle instagram dan page The Attire.

Baru upload new tops pagi ni. Tu yang teruja lagi sibuk hari ni. Plus ada kerja sedikit perlu di siapkan.

Hari ni update Reka Chiffon Tops. Ada 9 warna yang menarik kesemuanya boleh dipilih. Shocking betul warna tops kali ni. Rambang mata di buatnya.






 Code : R001
Color : Aqua
Material : See through Chiffon
Size : Fit until M size

Measurement :
lenght: 26' ; shoulder: 15' ; sleeve: 23' ; bust: 19'

Price: Rm 39
Postage: Rm 7

Suka? Kalau suka Watsapp me 019.402.3213 or email fasihahfuad@gmail.com

Item code : R001
Color : Aqua
Material : See through Chiffon
Size : Fit until M size

Measurement :
lenght: 26' ; shoulder: 15' ; sleeve: 23' ; bust: 19'

Price: Rm 39
Postage: Rm 7

Suka? Kalau suka Watsapp me 019.402.3213 o
Read more at http://web.stagram.com/p/695977159019419278_318667260#IVPHE58gf17Bcpts.99
Item code : R001
Color : Aqua
Material : See through Chiffon
Size : Fit until M size

Measurement :
lenght: 26' ; shoulder: 15' ; sleeve: 23' ; bust: 19'

Price: Rm 39
Postage: Rm 7

Suka? Kalau suka Watsapp me 019.402.3213 o
Read more at http://web.stagram.com/p/695977159019419278_318667260#IVPHE58gf17Bcpts.99
Item code : R001
Color : Aqua
Material : See through Chiffon
Size : Fit until M size

Measurement :
lenght: 26' ; shoulder: 15' ; sleeve: 23' ; bust: 19'

Price: Rm 39
Postage: Rm 7

Suka? Kalau suka Watsapp me 019.402.3213 or
Email: fasihahfuad@gmail.com

Read more at http://web.stagram.com/p/695977159019419278_318667260#IVPHE58gf17Bcpts.99
Item code : R001
Color : Aqua
Material : See through Chiffon
Size : Fit until M size

Measurement :
lenght: 26' ; shoulder: 15' ; sleeve: 23' ; bust: 19'

Price: Rm 39
Postage: Rm 7

Suka? Kalau suka Watsapp me 019.402.3213 or
Email: fasihahfuad@gmail.com

Read more at http://web.stagram.com/p/695977159019419278_318667260#IVPHE58gf17Bcpts.99
Item code : R001
Color : Aqua
Material : See through Chiffon
Size : Fit until M size

Measurement :
lenght: 26' ; shoulder: 15' ; sleeve: 23' ; bust: 19'

Price: Rm 39
Postage: Rm 7

Suka? Kalau suka Watsapp me 019.402.3213 or
Email: fasihahfuad@gmail.com

Read more at http://web.stagram.com/p/695977159019419278_318667260#IVPHE58gf17Bcpts.Item code :Color : AquaMaterial : See through Chif
Item code : R001
Color : Aqua
Material : See through Chiffon
Size : Fit until M size

Measurement :
lenght: 26' ; shoulder: 15' ; sleeve: 23' ; bust: 19'

Price: Rm 39
Postage: Rm 7

Suka? Kalau suka Watsapp me 019.402.3213 or
Email: fasihahfuad@gmail.com

Read more at http://web.stagram.com/p/695977159019419278_318667260#IVPHE58gf17Bcpts


 Code : R002
Color : Pink
Material : See through Chiffon
Size : Fit until M size
Measurement :
lenght: 26' ; shoulder: 15' ; sleeve: 23' ; bust: 19'
Price: Rm 39
Postage: Rm 7
Suka? Kalau suka Watsapp me 019.402.3213 or email fasihahfuad@gmail.com



 Code : R003
Color : Red
Material : See through Chiffon
Size : Fit until M size
Measurement :
lenght: 26' ; shoulder: 15' ; sleeve: 23' ; bust: 19'
Price: Rm 39
Postage: Rm 7

Suka? Kalau suka Watsapp me 019.402.3213 or email fasihahfuad@gmail.com

 Code : R003
Color : Blue
Material : See through Chiffon
Size : Fit until M size
Measurement :
lenght: 26' ; shoulder: 15' ; sleeve: 23' ; bust: 19'
Price: Rm 39
Postage: Rm 7
Suka? Kalau suka Watsapp me 019.402.3213 or email fasihahfuad@gmail.com


Code : R004
Color : Mustard
Material : See through Chiffon
Size : Fit until M size
Measurement :
lenght: 26' ; shoulder: 15' ; sleeve: 23' ; bust: 19'
Price: Rm 39
Postage: Rm 7
Suka? Kalau suka Watsapp me 019.402.3213 or email fasihahfuad@gmail.com


Code : R002
Color : Black
Material : See through Chiffon
Size : Fit until M size
Measurement :
lenght: 26' ; shoulder: 15' ; sleeve: 23' ; bust: 19'
Price: Rm 39
Postage: Rm 7
Suka? Kalau suka Watsapp me 019.402.3213 or email fasihahfuad@gmail.com


Code : R002
Color : Salmon
Material : See through Chiffon
Size : Fit until M size
Measurement :
lenght: 26' ; shoulder: 15' ; sleeve: 23' ; bust: 19'
Price: Rm 39
Postage: Rm 7
Suka? Kalau suka Watsapp me 019.402.3213 or email fasihahfuad@gmail.com

  
Code : R002
Color : Green
Material : See through Chiffon
Size : Fit until M size
Measurement :
lenght: 26' ; shoulder: 15' ; sleeve: 23' ; bust: 19'
Price: Rm 39
Postage: Rm 7
Suka? Kalau suka Watsapp me 019.402.3213 or email fasihahfuad@gmail.com

Code : R009
Color : Cream
Material : See through Chiffon
Size : Fit until M size
Measurement :
lenght: 26' ; shoulder: 15' ; sleeve: 23' ; bust: 19'
Price: Rm 39
Postage: Rm 7
Suka? Kalau suka Watsapp me 019.402.3213 or email fasihahfuad@gmail.com

Nanti nak beli warna hitam green memandangkan dalam wardrobe kurang warna green macam tu. Harga tak mahal dan tak murah, sedang sedang aja yakni mampu milik. Rm 39 dan postage di kenakan sebanyak Rm 7. Minat? watsapp pada number yang terteta. Terima kasih.

Feel free to Like Page: https://www.facebook.com/The.AttireBySF





 and follow Instagram : @theattire



-x0xo-


Thursday, 10 April 2014

Wedding Cake


Assalammualaikum.
Petang ni kite nak cerita pasal kek kahwin. Ok? Boleh?
Hi.Hi.


Kek ni kite order dari Fiza Cake House (FB). Bagi sesiapa terutama yang berada area Sungai Petani yang ingin menempah kek untuk any occasion, boleh lah merasa hasil dari kak Fiza ni. Sedap, serious tak menipu. Cakap betul ni. Tapi itulah kan tekak setiap orang lain lain, so rasa pun lain lain. Iye dok?

Masa gi jumpa kak fiza memang langsung tak ada idea nak hiasan/deco dan perasa macam mana. Yang tahu nak kek dua tingkat dan ada sedikit cup cake. Sebab apa dua tingkat? Sebab boleh dapat sorang sebiji - hashben sebiji, kite sebiji? Macam tu? Tak lah! Sebab pengantin lain pun majority dua tingkat, so kite pun nak juga dua tingkat. Hu.hu. Masa tu rasa macam nak makan semua, dengan hiasan hiasan bunga tu nak makan. Ha.Ha

Selepas sama sama berbincang dengan kak fiza, maka termeterailah perjanjian 2 biji kek dengan size 11' dan 9' beserta 16 cupcakes. Perisa pula satu red velvet dan satu lagi coklat kek. Balik dengan kepuasan hati.

Tibalah hari yang dinanti nantikan seisi keluarga bersama sama dengan sepasang kekasih yang telah 7 tahun bercinta untuk disambut serta dirai pada hari perkahwinan mereka. 

Sumpah tak terfikir pun ketika itu akan kek. Tak tahu sapa yang ambil atau hantar kek, pukul berapa kek berada di rumah. Dan yang lagi best tak sempat nak merasa kesedapan kek tersebut sehingga ke akhir majlis. Hanya sempat melakukan upacara menyuap kek ke mulut hashben untuk sesi photography tapi kite sendiri pun tak perasan, hashben sempat tak suap ke mulut kite. Ha.Ha.

Sekarang baru terasa betapa ruginya buat keputusan untuk mempunyai dua tingkat kek sedangkan pengantin sendiri tak sempat makan. Padahal, yang berkeinginan sangat adalah pengantin perempuan itu sendiri. Lebih sayang bila ada budak budak yang bermain potong potong pada kek tersebut hingga meyebabkan hancur. Sayang, bukan?

Tapi, masa buat keputusan dulu tak ada terfikir. Semua ikut kata hati, ikut nafsu.

Ini kek kahwin kawan matrik kite, Peyha. Kite rasa kek macam ni pun dah cukup ok. Just nice. Setingkat dan ada beberapa cupcake/pavlova/muffin sekelilingnya. 


Untuk bride to be di luar sana, sebenarnya banyak yang kita boleh cut cost IF and only kita tak ikut nafsu atau jejak jejak orang. Fikir wisely and deeply dan jangan menjulung julungkan slogan "Kahwin hanya sekali" dalam setiap aspek. Sayang sangat duit, sedangkan orang lain susah nak dapat duit untuk makan.

Kalau difikirkan sebenarnya, pendapat peribadi- fungsi kek tu bukan lah bertujuan si pengantin nak makan sangat kan? Tapi lebih kepada adat sesi memotong untuk bergambar.

Tahu, apa kesudahan kek kite tadi? Masuk ke dalam tong sampah lastly sebab tiada siapa nak makan kek yang hancur hancur macam tu. Sedih bukan?

Sebenarnya tak nak cerita benda yang sedih, nak review tentang di mana kek kahwin kite di buat. Itu aje. Selebihnya hanya coretan di sebalik cerita. 


-x0xo-

Tuesday, 8 April 2014

Preloved Item


Assalammualaikum dan selamat pagi.
Ada tak orang yang macam kite yang suka barang preloved?
Preloved ni apa ha?
Bagi yang tidak tahu masuk link INI

Pre-loved : Something that previously used or owned. Also known as Second hand.

Nak guna perkataan second hand macam tak best kan, so kita guna yang lebih beradab sedikit iaitu PRELOVED.

Mostly orang yang jual barang preloved mereka adalah dari barang barang kesayangan dalam kondisi yang masih baik. Tak kan ada orang tergamak nak menjual barang barang yang dah nak lingkup atau rosak, dak? Hi.Hi

Pengalaman kite sendiri, kite pernah beli beberapa kali baju baju preloved. Semuanya puas hati barang yang kite terima dan setimpal dengan harga yang di tawarkan. Harga Rm20 untuk skirt then you nak expect skirt tu secantik new brand skirt yang baru keluar dari kilang memang tidak lah, kan . . . 

Semalam kali pertama update barang barang preloved dalam instashop @theattire. Sebenarnya tolong publish barang barang k.cik tapi alang alah dah sendiri pun ada baju yang masih elok tapi jarang untuk di pakai so rasa better let go. Buat apa nak kepam kepam.




































Siapa yang jenis tak kisah pakai barang barang preloved, jemputlah ke instashop kite tuk cuci cuci mata ye.


-x0xo-


Saturday, 5 April 2014

Malam Berinai


Assalammualaikum.
Salam pagi Sabtu.
Hari ni hati tak ada pada nak buat kerja di office. Tak sabar nak pukul 1 nak jumpa hashben. Boleh dak nak putaq jarum jam sat? Bagi cepat. Paihtu bila dah bersama hashben nak gam jarum jam supaya tak bergerak.

Hari ni review tentang malam berinai. Hajat untuk memakai baju mama 35 tahn yang lalu pemberian abah sebagai hantaran tertunai juga akhirnya. Muat hakakkk . . . Tapi memang tak dinafikan mama waktu muda lagi slim dari kite sebab pinggang untuk bahagian kain rasa ketat bila dipakai dan baju pun just muat muat.

Condition baju 98%  masih tip top cuma sedikit kerosakan pada zip bahagian belakang baju. Zip jenis lama kurang ckit kukuhnya. Ha.Ha. Tapi kain memang best! Tak dapat nak dibandingkan dengan kain yang di jual zaman sekarang. Tebal lace kain tu memang menampakkan ke-exclusive-an padanya.

Atuk senah (Mak mama) bagitahu baju tu beliau yang beli dari Singapore (Mama dan keluarga mama memang dari Singapore). Wah Singapore. Aaron Aziz gitu. Ha.Ha. Sebagai hantaran dari abah kepada mama. Baju tu memang quite expensive katanya.





Inai yang di pakai malam tu hanya inai traditional sahaja. Tiada ukiran sebab tak tahu nak upah sapa datang ukir ke rumah. Lagipun tak bersungguh sungguh mencari sebab rasa tak nak buat ukir ukir bagai. Kite minta k.cik yang tolong pakaikan inai di tangan dan kaki. Terima kasih kakak kecik!

Macam biasa, lumrah ada anak anak sedara perempuan. Suka berinai inai ini. Macam kite kecik kecik dulu. Seronok tengok orang pakai dan kite pun sibuk nak pakai. So, masing masing dengan sabarnya menuunggu giliran untuk dipakaikan inai.



-x0xo-

Friday, 4 April 2014

Tanggungjawab Seorang Isteri


Assalammualaikum
Semua orang ada tanggungjawab kan? Tak kira sudah berkahwin atau belum. Tanggung jawab sebagai anak, tanggungjawab sebagai pelajar, tanggungjawab sebagai isteri mahupun tanggungjawab sebagai ibu.

Bagi kite yang berjauhan dengan hashben sendiri, tanggungjawab itu kurang terasa sangat sebab macam kite cakap tadi lah sebab jauh. Bila dekat sahaja baru betul betul rasa ada tanggungjawab. Bukan nak kata bila hashben tak ada, langsung tiada tanggungjawab.

Tidak . . . Bila hashben tak ada pun masih bertanggungjawab jaga maruah diri maruah suami, jaga diri, jaga akhlak.

Cuma bila hashben ada lagi berat sedikit tanggungjawabnya. Mana nak layan hashben, beri makan, jaga pakaian etc.

Hi.hi tapikan bila hashben tak ada kite jadi confius sekejap samada kite ni sebenarnya sudah kawen atau belum? Ke majlis yang di buat di rumah itu hanya satu mimpi indah? Ha.Ha.

Malam ni hashben balik. Esok pagi baru sampai. Ouh teruja tak terkata. Nak kemas bilik, nak pakai cantik cantik. Nak buat kek. Nak buat spagethi. Nak beli itu nak beli ini. Ouh tak terkata. Tapi tak tahulah jadi ke tidak apa yang dirancangkan itu.

Semoga hashben tak last minute cancel untuk balik atas urusan kerja dan semoga hashben balik dengan selamat. Amin.


-x0xo-

My Handbouquet, Guest Book and Candy Corner Review.


Assalammualaikum.
Hari ni nak review 3 benda yang menjadi penyeri di hari majlis perkahwinan kite.
Handbouquet, Candy corner dan guest book.
Yang best nya ketiga tiga benda ni di sponsor oleh adik beradik yang budiman. Ha.Ha sponsor ke? Nak kena check semula dengan tuan badan.

We go with Handbouquet first.
Ikut kepada perancangan mahukan dua handbouquet. Satu fresh flower untuk majlis akad nikah dan satu lagi artificial flower untuk majlis rumah kite dan rumah hashben. Kite minta tolong jasa baik k.long untuk gubahkan kedua dua jenis bunga tu memandangkan tangan k.long memang ajaib.

Ini antara contoh yang kite berikan kepada k.long memudahkan k.long mendapat idea.

Bunga gubahan panjang macam ni kite prefer untuk digunakan pada majlis akad nikah. Kuantiti bunga yang diperlukan tak terlalu banyak. Very light.

 source : Selphy Photography


























Ini pula contoh gubahan bunga untuk majlis rumah saya dan rumah hashben. Gubahan bunga ini bermain dengan beberapa jenis bunga dan warna yang berbeza. Hence menaikkan seri bunga dan secara tidak langsung menyerikan penampilan pengantin. Ceywah . . .

source: theleiora

Tak lama kemudian k.long datang rumah bawa hasil handbouquet yang beliau hasilkan. Teruja dan tergamam kerana hasil sentuhan dia lebih cantik dari yang kite angan angankan.

Suka sangat dengan kombinasi yang digunakan. Memang menaikkan seri wajah betul ni. Ha.Ha.
Bila dah tengok hasil yang outstanding ni terus cancel untuk fresh flower. Sebab rasa ini dah nampak macam fresh flower and why have to membazir? Ha.Ha.

Berminat? Bagi yang tinggal area Sungai Petani direct ke instagram my florist-er @lyees_mas  untuk sebaran pertanyaan.

Second : Guest Book

Ini pula di hasilkan oleh k.cik sendiri. Simple dan sangat puas hati. K.cik cakap dalam buku tu ada banyak halaman muka surat. Dalam 40 lebih muka surat. Kite sangat la terkejut sebab kite rasa kawan kawan kite tak ramai pun akan datang. Nanti membazir banyak banyak kertas macam tu.

Every single sheet got this words. " When two heart beats as one"


The last sheet.
When two people are meant for each other,
No time is too long,
No distance is too far,
No one can tear them apart.




The front page. "The wedding of Fasihah & Saiful Adli"

Rupanya sangkaan kite salah, bila habis majlis kite selak buku tu banyak juga guest yang bagi ucapan. Sangkaan kite hanyalah sepuluh orang aje, tapi tak. Orang yang kite tak kenali pun turut memberi ucapan serta doa kepada pengantin. Terima kasih.Yang tak percaya, ramainyaaaa kawan yang hadir sampai ema cakap dah macam mini reunion. Hi.Hi. Kawan kawan matrik datang, kawan kawan ukm datang dan kawan kawan dari serata tempat yang penah kite kenal.

Berminat? Bagi yang tinggal area Sungai Petani direct ke instagram my guest book designer @jatthajar  untuk sebaran pertanyaan.

Ketiga: Candy booth

Candy booth ni di hasilkan oleh k.ila dengan dibantu sepenuhnya oleh anak sedara afreena. Section untuk candy booth ni tak besar mana pun. Gabungan candy booth dan guest book. Bersebelahan. Almaklumlah rumah tak besar mana pun so gunakan space se maksimum yang boleh.



Terima kasih la wahai adik beradik dan anak sedara sesungguhnya kalian banyak membantu. See~ tak besar mana kan space untuk candy booth dan guest book.

 Antara candy candy yang dipertaruhkan untuk di sambar. Ha.Ha.


























Gabungan antara guest book dan candy corner. Penggunaan papan rehal agak unik di situ. =)

Nak suggest orang yang lakukan candy corner ni rasa serba salah sebab beliau sedang preggy sekarang takut takmampu untuk memenuhi permintaan. =)

So, ini sahaja review untuk handbouquet, guest book serta candy corner untuk majlis perkahwinan kite. Sesungguhnya kite rindu akan suasana hari majlis. =.=''



-x0xo-


Tuesday, 1 April 2014

Our First Trip After Married



Assalammualaikum.

Memang sebelum berkahwin lagi berhasrat untuk ke matrikulasi changlun, tempat di mana kite belajar lapan tahun yang lepas.
Rindu yang amat akan suasana sekeliling matrikulasi. Pemandangannya. Situasinya. Almaklumlah tempat penemuan kite dengan ashben kite dahulu. Tempat di mana hari pertama kite jatuh hati dengan dia. Miaha.ha memang tak malu langsung. Ni yang dinamakan timba carik perigi.

Lepas kenduri rumah sheben ari ahad tu, hari rabu baru kitaorang bertolak ke sana. Sebab hari rabu satu satunya hari di mana ada pasar malam di changlun. We used to call it PMC - pasar malam changlun. Rugilah kalau pergi sana, tak dapat memenuhi tempat tempat yang kebiasaannya kitaorang pergi seketika dahulu.

Perasaan ketika itu memang berbunga bunga tak terkata walaupun ramai yang pertikaikan ada apa kat changlun tu? Hulu negara. Ashben pun pada awalnya ketawa sebab dalam banyak banyak tempat changlun juga berada dalam carta hati. Tapi dah disebebkan dari awal awal perkahwinan itu yang disebut sebut dan di minta minta, ashben pun akur. Terima kasih baby!

Sampai di sana, menginap semalam di T hotel. Nak banyak banyak malam bukan ada apa pun kat changlun. Tak kan nak hari hari masuk kolej. Iya tak? Baik daftar masuk belajar terus dalam tu. Ha.Ha.


Condition T Hotel ni selesa dan cukup romantik untuk couple yang baru kawen.  Ahem . .  ahem.  Baha.ha. Cuma satu aje spoil which is one out of four pillows is smelly. T-Hotel ni ada dua bangunan yang mana satu bangunan lama dan satu bangunan baru. Yang bangunan lama tu tak adalah nampak usang bebenar cuma fitrah manusia bila dah kata 'baru' tu lebih cantik lebih fresh dan lebih modern dari yang lama. So we decided to pick the new building with extra charges.

Dah check in hotel, berehat sebentar sambil kacau ashben apa yang patut then sama sama menunaikan solat zohor serta asar. Plan untuk meninjau sekeliling matrik akan dilakukan setelah habis solat asar bersama sebab waktu itu yang difikirkan sesuai untuk melawat. Rata rata jadual kelas tamat pada pukul 5 petang.


we're are ready to have an outdoor xtvt.


Sampai je depan pintu kolej, rasa cuak sebabnya bila di amati papan tanda 'Waktu Melawat' hanya pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu. Gulrpp. Pak cik guard . . .  jauh ni saya datang semata mata nak melawat kawasan. Memang tergamam seketika kitaorang berdua nak bagi alasan apa untuk masuk ke dalam. Ashben cakap 'sayang gi la jumpa pak guard baik baik bagitahu nak jumpa adik'. Mana boleh! Dah nama pun melawat hanya dibenarkan pada hari Rabu.

Dalam kitaorang duk memikirkan alasan yang nak diberikan, lalu sebuah dua kereta masuk ke dalam kolej. By! macam senang je kereta tu masuk, tak disapa dek pak guard pun. Ok, kitaorang pun memberanikan diri dan sekiranya pak guard persoalkan, jawab je nak jumpa saudara iaitu lecturer. Ha.ha. Dalam masa kereta sedang menjengah masuk ke dalam berdoalah kite moga moga dipermudahkan. Ya Allah, lepaskanlah kami. Untuk sekian kalinya.

Alhamdulillah lepas!

Seperti anak yang terlepas dari pelukan ibunya, kitaorang laju ke hadapan tidak bersabar untuk melihat di dalam kawasan. Ramai student student yang beriadah dan memerhatikan kelibat kitaorang. 

padang kolej matrikulasi kedah.


Kemudian pusing ke asrama yang seringkali abah dan mama tinggalkan kite di situ. Kebanyakkan gambar kite ajelah sebab ashben segan nak keluar dari kereta dan pose untuk bergambar. Sebabnya ramai sangat budak budak berkeliaran beriadah.






Rasa rasa dah dua kali tawaf kolej dan tak tahu nak ke mana cukuplah kita keluar dan balik ke hotel sebab malam nanti nak singgah ke PMC.

Tapi sebelum tu, nah gambar depan Kolej Matrikulasi Changlun. Tak tahu bila lagi dapat datang ke sini. Moga moga panjang umur kita bersua kembali.


Aktiviti di malam hari pula adalah melawat PMC. Ingat bila dah namanya pasar malam, lagi malam lagi meriah dan lagi banyak gerai gerai yang dibuka. Tidak awal dan tidak lewat dalam pukul 9 tu kitaorang pun keluar dari hotel. Sampai sana je tergamam sebab banyak gerai yang dah nak kemas kemas untuk tutup. Makanan yang terhidang pula sudah tidak banyak pilihan. Awalnya tutup. Mungkin sebab pasar malam ni hanya target budak budak matrik dan mereka ini waktu terakhir di benarkan berada di luar sehingga pukul 7 (kalau tak silap). Dah tak ramai customers sebab tu mereka terpaksa tutup awal. Mungkin.

Tak sempat nak membeli nasi kerabu kegemaran yang sering diberi setiap minggu waktu belajar dulu. Balik dari PMC berbekalkan nasi tomato, kaya ball dan coconut shake kitaorang pun menuju ke hotel. Sampai bilik suapkan ashben nasi tomato kemudian sama sama tidur kepenatan. Yang bestnya pukul 10 malam dah penat. Ashben yang jarang tidur awal ni pun terasa mengantuk yang amat. Sampai masing masing terkejut kejut masa tidur tu. Dan kite pun banyak kali mimpi benda buruk dan bukan setakat itu sahaja siap mamai lagi. "Dah pukul berapa ni adik" terkeluar dari mulut waktu sedang tidur. Besok pagi ashben bagi tahu bilik tu tak berapa elok. Baha.ha. patutla.


Sebelum balik kita bergambar dulu ye, by.


Lepas checkout hotel dan sebelum balik ke Sungai Petani, kitaorang singgah Cmart dulu. Tengok apa yang ada apa yang berubah dalam complex tu. Rupanya sama sahaja dulu dan kini susun atur keadaan. Masa pergi tu ada sale jenama Louis. Ashben pilih kasut biru dan kite pun ingat nak carik kasut bertutup warna biru juga bagi sedondon. Hurmmm size pula dah sold out. Tapi tak pe, nasib baik tak beli sebab rasa boleh carik yang lebih cantik lagi dari yang ada. Biarkan ashben beli dulu kasut yang dia minati.


-x0xo-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...